Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Nizar Cerdik Tapi BN Perak Bodoh

Wednesday, 4 November 2009


Apa yang telah diperkatakan semenjak dulu, kini dan akan datang akan menjelaskan perkara yang sebenar mengenai kedudukan Nizar. Nizar sebenarnya berada dilandasan yang betul dan tetap serta mengikut peraturan dalam dewan undangan negeri.

Masalah sekarang adalah UMNO/BN yang terlalu bangang dan tolol terlalu mengejar untuk merampas takhta kerajaan dari Pakatan Rakyat secara zalim seperti yang diamalkan oleh Israel. Sememangnya UMNO dengan Israel adalah sekutu Cuma berbeza lokasi yang mana Israel di Tebing Barat dan UMNO di Asia Tenggara.

Artikel 72 telah menjelaskan segala-galanya kepada rakyat tetapi UMNO/BN dengan kebangangannya terus menggila mahukan kerajaan Perak. Tidak habis dengan merampas Perak, mahu dirampas Selangor pula. Apa ke jadahnya UMNO/BN ini. Negeri yang ditadbir sendiri mundur inikan mahu merampas negeri Pakatan Rakyat. Memang tiada kemaluan pemimpin UMNO/BN ini.

Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah adalah bukti yang kukuh tentang kedudukan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sebenar dan sah di sisi Undang-Undang kerana penggugurannya telah di buat di luar DUN Perak.

Mahkamah Persekutuan yang akan mendengar rayuan Mohammad Nizar pada 5 November ini mesti berpandukan kepada Artikel 72 ini kerana hanya keputusan yang dibuat melalui usul dan undian tidak percaya sahaja kepada Menteri Besar di dalam DUN Perak akan melucutkan jawatan tersebut. Perkara yang mesti ditekankan adalah keputusan yang mesti diluluskan di dalam DUN dan bukannya di luar bidang kuasa DUN itu sendiri.

Kemungkinan dalam masa terdekat ini akan berlangsungnya Pilihan Raya Kecil di Perak. Tetapi kita tunggu dan lihat sejauh manakah UMNO/BN boleh bertahan lama di Perak.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat