UMNO dan Bilik Perang


Berkata Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bahawa UMNO akan menyediakan ‘bilik perang’ untuk mengatur strategi bagi meraih sokongan terutama golongan muda supaya kembali percaya kepada Barisan Nasional (BN) setelah sekian lama BN menipu golongan tua.

Kata si Khairy ketika persidangan UMNO, lebih 7 juta pengundi muda layak mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 dan beliau yakin bahawa pengundi muda akan memberi sokongan kepada UMNO/BN selepas ini.

Berkata lagi si Pemuda ini "Bagi memastikan BN dan UMNO terus relevan kepada golongan muda, Pemuda UMNO perlu membuktikan kepada golongan muda bahawa UMNO benar-benar mendampingi, memahami serta bekerja untuk memenuhi tuntutan keperluan dan masa depan mereka,''

Adakah saudara yakin bahawa golongan muda mahu memilih UMNO/BN lagi selepas ini? BN harus sedar jika mereka tidak membersihkan masalah rasuah yang melanda BN, maka ‘bilik perang’ tidak akan menjadi kecuali golongan yang bertuhankan duit semata-mata.

Mendekati golongan muda bukanlah melalui hiburan dan permainan semata-mata. Ilmu agama mestilah diterapkan dalam kehidupan. Jangan hanya mengejar dunia semata-mata. Tidak ke mana kalau dikejar duit. Mati pun duit kena tinggal juga. Usah berbicara kubur masing-masing. Sebab kubur masing-masinglah mayat tidak akan berjalan masuk ke liang lahad. Renungkanlah.

Comments