Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Pengakuan Anggota FRU Tentang Undi Pos

Friday, 9 October 2009

Malam tadi ketika berlaku kekecohan, saya sempat sembang dengan salah seorang anggota polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ketika anggota yang lain meleraikan provokasi yang dilakukan oleh UMNO/BN laknatullah. Ketika tengah sembang berdekatan dengan kenderaan ‘Land Rover’, saya sempat bertanyakan anggota polis mengenai pembuangan undi yang akan berlangsung 11 Oktober ini.

Semasa sembang dengan anggota polis tersebut, saya bertanyakan beliau tentang pembuangan undi. Beliau berkata, semenjak menjadi anggota polis tidak pernah lagi melihat kertas undi terutama undi pos dan beliau berkata bahawa orang atasan menyuruh semua anggota polis untuk tidak dalam aktiviti pembuangan undi.

Jika ada pun, alasan yang diberikan oleh pegawai tertinggi adalah bahawa jika kamu jadi polis maka kamu perlu memilih BN dan undi kamu telah diuruskan. Mana perginya hak demokrasi seorang anggota polis? Hantu manakah yang memangkah bagi pihak beliau. Semasa bertugas pun beliau tidak dibenarkan terlibat dengan politik malahan hanya bersifat neutral. Beliau tidak memihak pada mana-mana parti. Beliau akan buat keputusan terlebih dahulu siapa yang bersalah dan tidak akan bersifat melulu seperti kebanyakan anggota polis yang lain.

Renungkanlah apa yang diluahkan oleh seorang anggota polis kepada saya. Hak mengundi pun mereka dinafikan. Mereka bekerja kerana ikut arahan tetapi akan dikambing hitamkan jika perlu. Polis sudah menjadi seperti anjing yang mana bila disuruh bertindak dan disuruh diam patuh pada arahan.

Akan menyusul dengan isu lebih menarik...

4.00 p.m

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat