Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Jentera Pemuda PAS Melaka Di Ladang Atherton

Saturday, 10 October 2009


Seramai 60 orang pemuda PAS dari Melaka telah terlibat dalam penyiapan jentera parti sebelum berlangsungnya pilihan raya N.31 DUN Bagan Pinang pada keesokkan harinya iaitu pada ahad, 11 Oktober 2009.

Kerja-kerja penggantungan poster dilakukan dengan penuh semangat oleh pemuda PAS Melaka bersama dengan Pemuda PAS di Kawasan Siliau. Turut membantu kerja-kerja ini adalah anak-anak muda dari Ladang Atherton yang berketurunan India.

Turut hadir di ladang tersebut adalah Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz abdul Ghani Abdul Rahman. Turut hadir sama adalah wakil dari Dewan Muslimat Melaka bagi membantu gerak kerja sebelum berlangsungnya pilihan raya.

Kerja-kerja bermula seawal jam 10 pagi dan berakhir pada jam 1.30 petang.

Akan menyusul dari semasa ke semasa

8:25 p.m

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat