Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Antara Altantuya dan Mahsuri, Siapa Lebih Dizalimi?

Thursday, 15 October 2009

Tidak boleh diukur kekejaman itu dengan keris yang menikam Mahsuri. Tidak boleh juga kita menyukat kezaliman dengan membandingkan bisanya keris dengan kuatnya ledakan bunyi dentuman bom C4 yang digunakan untuk meletupkan tubuh Altantuya.

Akal logik tidak boleh membuat hukuman bahawa oleh sebab dentuman C4 itu lebih kuat hingga menghancurkan tubuh Altantuya, maka kes Altantuya dibunuh itu lebih zalim dan kejam berbanding pembunuhan Mahsuri, kerana tubuh Mansuri tidak hancur.

Tidak betul cara berfikir begitu. Kita mesti ukur kezaliman serta menyukat kekejaman itu bersandarkan cara kes itu dikendalikan dan bukanlah disebabkan faktor keris dan bom C4 tersebut. Akal kita mesti lebih hadhari ketika membuat kesimpulan dalam kes ini.

Altantuya tidak dihakimi, tidak dibicarakan. Maka adalah satu jenayah untuk membunuh beliau. Sebaliknya, kes Mahsuri itu telah dibicarakan dengan berat sebelah. Dia difitnah, dia diburuk-burukkan, diaibkan oleh sekian banyak tuduhan yang tidak berasas.

Barangkali, Altantuya lebih dizalimi kerana sosok yang jelita lagi menawan putera Bugis ini dilayani sebagai haiwan, boleh dibunuh sesuka hati tanpa perkiraan dosa, pahala.

Mungkin ada orang yang mahu menyanggah pendapat ini. Hal itu, bolehlah kita debatkan kemudian jikalau ada pihak yang beranggapan bahawa Mahsuri dibunuh lebih kejam lagi berbanding kes Altantuya. Wallahu alam.

Bagaimanapun, pendapat bahawa Mahsuri dibunuh lebih zalim berbanding Altantuya itu bukanlah bermaksud bahawa Najib Razak lebih baik berbanding Mahura dan pihak-pihak yang membunuh Mahsuri. Ini kerana, zalim tetaplah zalim.

Bukan ada neraca yang menetapkan bahawa berat kezaliman ke atas Altantuya itu seberat 1 kg, sementara kezaliman ke atas Mahsuri cuma seberat segantang cuma. Kejam tetaplah kejam. Keadaan mungkin berubah jika watak Mahura disamakan dengan Rosmah.

Sentimen-sentimen seperti menyamakan Mahura dan Rosmah mungkin mengundang satu pendapat lain pula yang melihat kes pembunuhan Altantuya itu lebih kurang setara kejam dan zalimnya dengan kes pembunuhan Mahsuri. Wallahu alam.

Oleh kerana perbincangan seperti ini boleh menelan waktu yang panjang, maka ada lebih baik kita khatam dulu bicara di sini.

Terima kasih kepada pelakon teater Mahmud Jelani yang maklumkan mengenai hal teater percuma baru-baru ini. Juga kepada Kumpulan Bangsawan Sri Kedah yang bergiat cergas mementaskan teater purba, bangsawan yang makin kurang dipentaskan sekarang.

Semoga kita tidak lagi memandang kes Mahsuri dengan darah putihnya dan keris keramat yang digunakan untuk membunuhnya, tetapi ia dinilai sebagai satu peristiwa gelap dalam lipatan sejarah yang patut dielakkan pada masa depan.

Hendaknya, kisah purba sebagai pengajaran kepada masyarakat ini janganlah dikapankan dalam ingatan kita, sebaliknya sentiasa dibahas daripada sudut lain pula.

Persembahan teater Mahsuri sebenarnya menarik. Semoga pemilihan dialognya itu lebih mencapah, menyentuh perihal ketidakadilan penguasa dalam menjatuhkan hukuman. Ini kerana, roh dan semangat asal kisah ini memperihalkan kezaliman penguasa.

Mungkin, persembahan teater yang memberikan pengajaran ini perlu menggunakan suatu pendekatan seperti teater Menunggu Kata Dari Tuhan, karya Dinsman di mana akhir dari pementasan itu, penonton diajak berdialog, bertukar fikiran dan bertanyakan soalan.

Daripada: Ibnu amir

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat