Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

TUDM dan Teknologi Lapuk

Monday, 7 September 2009

Jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mungkin dilengkapi dengan teknologi yang agak lapuk yang dianggap lebih 20 tahun ketinggalan. Keadaan ini belaku lantaran berleluasaya amalan kronisme dalam Barisan Nasional (BN).

Jet pejuang itu juga terpaksa menggunakan system Air Combat Manoeuvering Instrumentation (ACMI) generasi P4 dari Rusia semata-mata bagi menyesuaikan kemampuan sebuah syarikat kroni.

Selain kecurigaan berkaitan dengan proses tender, persoalan timbul kerana pentadbiran TUDM memilih mengguna pakai sistem ACMI milik Amerika Syarikat sedangkan system ACMI buatan Jerman lebih maju dan tergolong dalam kategori P5.

ACMI P4 milik AS tidak serasi dengan jet pejuang TUDM yang kebanyakkan buatan Rusia. Tidak mungkin orang Rusia mahu bekerjasama dengan jurutera AS untuk mengintegrasikan system pesawat MIG dan Sukhoi.

Masalah itu timbul kerana secara tidak langsung ia mendedahkan ‘souce code’ jet pejuang kepada Amerika Syarikat. ACMI buatan Jerman boleh dipasang pada jet pejuang buatan Rusia, AS dan British.

Apa yang dipersoalkan adalah kewajaran TUDM memilih system yang ketinggalan zaman tapi lebih mahal berbanding dengan system terkini yang ditawarkan Jerman serta mengesyaki wujud unsure kronisme.



3 comments:

rindu madinah said...
This comment has been removed by the author.
rindu madinah said...

tadi dh komen..tp rase mcm tak kena jah..hehe... topik yg dibincangkan sgt advance etep..hehehe...

GGK said...

berita tak betul ni. Paper mana yang tulis?

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat