Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Ops Sikap Gagal atau Sikap Gagal Pemandu?

Tuesday, 29 September 2009

Ops Sikap Ke-20 yang berakhir semalam, merekodkan jumlah kematian kedua tertinggi dalam sejarah operasi itu sejak diperkenalkan lapan tahun lalu dengan 261 pengguna jalan raya terbunuh.

Jumlah korban tertinggi sebelum ini sebanyak 285 orang daripada 253 kemalangan maut yang dicatatkan semasa Ops Sikap Ketiga, iaitu pada 13 Disember 2002. Purata kematian adalah 18.7 sehari.

Ops Sikap Ke-20 yang berakhir semalam pula mencatatkan purata 17.4 kematian dalam sehari.

Jumlah itu sekali gus menyaksikan peningkatan 25.4 peratus kematian dengan penambahan 53 kematian berbanding Ops Sikap Ke-17, pada Hari Raya Aidilfitri lalu.

Secara keseluruhan lebih 60 peratus angka kematian sepanjang Ops Sikap Ke-20 itu masih disumbangkan oleh penunggang dan pembonceng motosikal.

Sementara itu, Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman, Supritendan Rasdi Ramli berkata, seramai 23 lagi maut pada hari terakhir Ops Sikap Ke-20 semalam.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 12 mangsa ialah penunggang dan pembonceng motosikal.

"Ia diikuti dengan lapan kematian membabitkan kereta dan tiga pejalan kaki. Kita juga mengeluarkan 9,826 saman di seluruh negara melibatkan pelbagai kesalahan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rasdi berkata, jalan bandaran sekali lagi mendahului senarai jumlah kemalangan dengan 388 kes, diikuti jalan Persekutuan (284 kes), jalan negeri (152 kes), lebuh raya (68 kes) dan jalan-jalan lain (39 kes).

Ops Sikap Ke-20 yang bermula sejak 13 September lalu bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ia membabitkan kira-kira 2,500 penguat kuasa termasuk polis, bomba dan ambulans.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang kecewa dengan peningkatan kes kemalangan maut khususnya pada musim perayaan menyatakan walaupun hukuman mati sekalipun dikenakan, pengguna jalan raya di negara ini akan tetap melanggar undang-undang.


0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat