Speaker Haram Perak Gila Jawatan


Selepas merampas kerajaan halal Perak dari Pakatan Rakyat, Barisan Nasional semakin tidak waras serta semakin dangkal dalam undang-undang sedangkan Speaker haram Perak itu ada kelulusan dalam bidang guamannya.

Datuk R. Ganesan akhir-akhir ini semakin bodoh dan tidak tahu undang-undang Dewan Undangan Negeri. Beliau kini memegang dua jawatan yang mana jawatan tersebut adalah sebagai speaker Perak dan yang kedua adalah sebagai peguam.

Bekas Menteri Pakatan Rakyat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin mendedahkan ADUN Sungkai itu telah melanggar Artikel 36A, perlembagaan Perak apabila gagal melepaskan tugasnya sebagai peguam dalam tempoh 3 bulan sejak beliau dilantik.

Artikel 36A menyebut Perlembagaan Perak menetapkan:

Ahli yang dilantik menjadi Speaker perlu membatalkan sebarang pegangan jawatan dalam pejabat selepas tiga bulan pilihanraya seperti jawatan dalam pejabat atau bila-bila masa selepas itu atau menjadi mana-mana ahli lembaga pengarah atau lembaga pengurusan, atau pegawai, atau pekerja, atau mempunyai sebarang kaitan atau perniagaan, bagi mana-mana organisasi atau badan, sama ada korporat atau sebagainya, atau sebarang perdagangan, industry atau perusahaan lain, sama ada atau dia menerima sebarang hadiah, penghargaan, keuntungan atau kelebihan daripadanya.

Nizar juga mengemukakan bukti iaitu sepucuk surat dari Majlis Peguam yang bertarikh 12 Ogos, dan pasti Ganesan masih lagi memiliki SijilAnnual yang sahih dan perakuan amalan yang didaftarkan di Majlis Peguam dan merupakan pemilik tunggal berdaftar bagi firma Messrs Ganesan & Associates.

Inilah dinamakan pemimpin berjiwa syaitan. Semua jawatan mahu dipegangnya sepertiorang gila yang mahu berkuasa. Dia tidak tahu dia gila sebab itulah gila dia sehingga merampas DUN Perak.

Comments