Siapa Sebenarnya Buat Kecoh?

Tindakan polis menahan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang didakwa mencetuskan kekecohan sememangnya tidak masuk akal sama sekali. Kejadian itu berlaku di pusat penamaan calon bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N.11 Permatang Pasir di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam.


Tindakan polis itu adlah bersifat polis tatkala UMNO menagih simpati dari orang ramai. Kejahilan pihak polis sebagai kuda tunggangan UMNO jelas dan nyata serta tidak syak lagi. Apakahu menang tujuan utama polis? Menangkap ahli-ahli politik atau menangkap penjenayah? Kemungkinan pihak polis sudah bosan untuk menangkap penjenayah maka ahli politik menjadi sasaranya.


Adakah melaungkan slogan pun salah? Sudah menjadi lumrah jika Pakatan Rakyat melaung slogan maka akan ditangkap. Adakah ini negara demokrasi? Hanya UMNO sahaja yang betul dalam Malaysia ini. Sebab betullah BN kalah 6-0 di Semenangjung Malaysia. Kalau dah kalah 6-0 itu bukan kebetulan tetapi kebenaran rakyat menolak BN.


Maka pemimpin UMNO jangan bercakap besar jika telah terbukti mereka sebenarnya sudah tua dan tidak layak memerintah Malaysia. Tinggalkan sahaja tampuk pemerintahan ini demi memperbetulkan keadaan yang sudah huru-hara akibat kedangkalan UMNO dan Barisan Nasional.

Comments