Ali Ditinggalkan Mek Wok

Mek Wok dengan Ali sememangnya serasi jika disatukan nama tersebut. Mek Wok adalah nama bagi beruk betina yang didatangkan khas dari Terengganu untuk kerajaan Melaka. Kerajaan Melaka menerima beruk betina ini pada 3 Julai 09 dan mati 2 hari kemudian dipercayai akibat tekanan perasaan.


Adakah beruk ini mati kerana tidak tahan dengan kerajaan negeri Melaka? Kalau beruk boleh mati sebab tekanan perasaan apatah lagi manusia yang dianiaya oleh Kerajaan Melaka. Begitulah nasib malang seekor beruk yang baru sahaja diwar-warkan sebagai produk pelancongan Melaka.


Maka Mek Wok hanya tinggal kenangan kepada Melaka dan Ali Rustam. Selepas ini boleh la dipanggil “Melaka Kehilangan Mek Wok Sebelum Maju 2010”. Belum sempat Mek Wok mengenali Melaka, beruk tersebut telah pergi selama-lamanya meninggalkan Ali Rustam.


Beruk sekarang tahu politik Melaka. Itulah punca utama kematian beruk bernama Mek Wok. Akibat politik ganas UMNO dan kekejaman BN, maka tidak boleh dipersalahkan kematian Mek Wok itu. Ali kena belajar dari beruk ketika berpolitik. Ali selepas ini akan mengalami mimpi ngeri setelah kehilangan Mek Wok tersayang.

Comments