Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Tubuh Sekretariat Pakatan Rakyat

Monday, 15 June 2009

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan agar sekretariat Pakatan Rakyat (PR) ditubuhkan sebagai platform perbincangan rasmi pelbagai isu sensitif yang dibangkitkan pimpinan PR.

Katanya, keanggotaan sekretariat yang dicadangkan itu adalah melibatkan tiga wakil PR yang terdiri daripada Timbalan Presiden, Setiausaha Agung dan seorang Naib Presiden.

Menurutnya, kewujudan sekretariat tersebut juga berperanan berhadapan kemelut dalam kerajaan dan isu-isu dalaman PR selain alternatif merapatkan saf kepimpinan pakatan pembangkang itu.

“Akhir-akhir ini terlalu banyak luahan rasa tidak puas hati disalurkan melalui media arus perdana yang terdedah kepada manipulasi dan pelbagai penyelewengan fakta, sehingga boleh mencetuskan suasana tidak baik dalam hubungan PR.

“Melalui sekretariat ini diharapkan dapat menjadi platform bagi merangka pelbagai program, di samping mengurangkan salah faham antara pemimpin PR,” katanya dipetik daripada blognya semalam.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, penubuhan sekretariat tersebut juga relevan selepas saluran rasmi, Majlis Presiden yang diwujudkan sebelum ini jarang membincangkan isu sedemikian melainkan pertemuan bersifat perbincangan dan penye-larasan bagi menghadapi pilihan raya sahaja.

Menurutnya, situasi semasa dalam PR memerlukan pakatan itu memperbanyakkan perbincangan agar semua perkara yang berbangkit dapat diselesaikan lebih awal sebelum media memainkan isu yang boleh melaga-lagakan PR.

“Desakan melalui akhbar tidak sesuai dalam bentuk sebuah pakatan, yang dilihat hanya mengeruhkan hubungan dan memeningkan ahli dan penyokong,” katanya.

Terdahulu sebelum ini, beberapa isu yang dibangkitkan oleh pimpinan PR khususnya melibatkan kerajaan perpaduan telah menimbulkan keresahan di kalangan pimpinan komponen PR sehingga beberapa kenyataan media yang lantang dikeluarkan berhubung isu tersebut.

Sumber: Sinar Harian

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat