Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Petang ini: Muqabalah vs Erdogan

Friday, 5 June 2009

Lebih 900 perwakilan akan menentukan nasib Datuk Husam Musa yang mencabar Nasharuddin Mat Isa dalam persaingan mereka merebut jawatan timbalan presiden PAS.

Tokoh popular parti itu Mohamad Sabu, yang turut menawar diri dalam persaingan tersebut, dijangka boleh menggugat peluang Husam apabila mengalih undi exco kerajaan Kelantan itu

kepadanya.

Perwakilan akan mula membuang undi untuk melantik jawatan-jawatan kanan parti dan barisan ahli jawatankuasa pusat PAS mulai jam 3 petang ini selepas persidangan ditangguhkan untuk solat Jumaat dan makan tengah hari.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang - yang tidak dicabar - menyampaikan ucapan dasar bertemakan "Islam Memimpin Perubahan" di muktamar ke-55 yang diadakan selama tiga hari di Shah Alam.

Keputusan persaingan Husam dan Nasharuddin, yang dijangka diketahui malam ini, paling dinanti-nantikan oleh penyokong PAS dan pengamat politik nasional.

Husam dan Nasharuddin - dianggap mewakili dua aliran bertentangan antara masing-masing "kumpulan Erdogan" dan pro-muqabalah dengan Umno - akan mencorak masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat dan strategi parti menjelang pilihanraya umum akan datang.

Bagi jawatan naib presiden, lima tokoh parti itu merebut tiga kekosongan yang ditinggalkan oleh Husam, Mohamad dan Ahmad Awang, pesuruhjaya PAS Perak.

Calon-calon itu: bekas ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, ketua penerangan Datuk Mahfuz Omar dan tiga ahli jawatankuasa pusat Mujahid Yusof Rawa, Datuk Tuan Man Tuan Ibrahim dan Nik Amar Nik Abdullah.

Sumber: Malaysiakini

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat