Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Najib dan Khairy Tetap Kena Lawan

Sunday, 7 June 2009

"Ramai orang bertanya saya, apabila saya menjadi Ketua Pemuda PAS, adakah saya boleh berdepan dengan Khairy Jamaluddin yang dikatakan seorang yang bijak. Saya mengatakan, bukan setakat Khairy, dengan Najib pun kita lawan".


Kenyataan Ustaz Nasruddin Hassan dalam ucapan penangguhan Muktamar Pemuda PAS ke-50 di Dewan Dato' Hj Fadzil Noor, Taman Melewar itu menarik perhatian perwakilan walaupun jam megnhampiri penghujung malam.


Ucapan sulung beliau sebagai Ketua Pemuda PAS itu juga menekankan beliau tidak memandang rendah keupayaan musuh. Beliau berpandangan, selagi Islam menjadi asas perjuangan, Pemuda PAS bersedia untuk berhadapan dengan musuh Allah.


"Taklif atau beban amanah ini bukan satu kemuliaan. Saya bukan orang yang terbaik tetapi ada yang meragui keupayaan saya. Mereka berhak meragui saya. Jika membiarkan saya seorang, usahkan untuk berlayar jauh di tengah lautan bahkan untuk naik sauh pun tak mampu.


"Di saat saya memikul taklif yang berat ini, jika perwakilan Khalifah Umar menegur beliau dengan pedang, tetapi saya ditegur setakat dengan mikrofon...," katanya.


Jelas Nasruddin, untuk memacu perjuangan, beliau akan menggunakan kaedah ROS iaitu responsif, optimis dan sensitif dalam mengemudi Pemuda PAS.


Sumber: Harakahdaily

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat