Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Lagi Kebodohan Pemuda UMNO Negeri (Mamat Erdogan)

Wednesday, 3 June 2009

Modal mamat ini adalah isu ‘Erdogan’. Ini peluang mamat ini untuk jatuhkan PAS tetapi mereka sebenarnya hanya cipta isu memandangkan mereka tidak yakin akan bertahan lebih lama di Kelantan. Mamat yang jahil ini berkata yang Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong ‘Erdogan’ dalam PAS dan menyokong pencalonan Datuk Husam Musa sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru. Kenapa mamat ini guna isu ‘Erdogan’? Adakah dia ‘Erdogan’ dalam UMNO? Kita boleh panggil mamat itu ‘Mamat Erdogan’.

Mamat ini menuduh PAS tidak memperjuangkan, berteraskan kepimpinan Islam dan ulama apabila bersekongkol dengan DAP yang sudah lama membenci pada perjuangan Islam. Inilah UMNO yang suka memburuk-burukkan PAS. Sekarang ini orang-orang dalam DAP sudah boleh memetik ayat al-Quran yang sama lancar atau lebih lancar daripada orang-orang UMNO. UMNO hanya mengkritik tapi buta agama. Islam ditolaknya, sekular diterima. Kenapa mereka tolak Islam? Sebab perjuangan kebangsaan dan ketuanan melayu yang di agungkan. Sebab itu UMNO sudah tiba masanya bersara dari politik Malaysia. Sebab sekarang rakyat menilai nilai-nilai Islam bukannya nilai-nilai sekular kebangsaaan.

Kata mamat Anuar Safian, dia menyeru rakyat melayu Kelantan supaya melupakan politik pecah belah. Mamat ini tahu ke yang pecah belah bukan rakyat tapi UMNO yang pecah belahkan rakyat. Kenapa sekarang baru hendak tunjuk baik? Kenapa mempolitikkan rakyat yang dahulunya UMNO yang mempergunakan rakyat untuk kepentingan peribadi tapi sekarang memujuk rakyat. Rakyat sekarang sudah tahu UMNO ini adalah biawak bercabang lidahnya.

Mamat Erdogan ini berkata yang Kelantan terutamanya orang Islam Kelantan masih ketinggalan dari segi ekonomi berbanding dengan negeri lain. Sememangnya buta yang amat dahsyat dan telinganya pekak mamat ini. Tidak tahukah ia bahawa kelantan dari dulu lagi tidak dapat bantuan kerajaan pusat namun itu tidak menghalang kerajaan negeri untuk menguruskan kewangan sebaliknya dapat melangsaikan hutang zaman BN berjumlah RM221juta. Kata pepatah ‘Biar miskin tapi tiada hutang, jangan kaya tapi berhutang’. UMNO lebih banyak hutang tapi kaya. Itu dinamakan jahil. Buat apa kaya daripada banyak hutang. Contoh Pahang, negeri kaya tapi hutang pun kaya. Balak punya hutang RM63juta bila nak diselesaikan?

Kalau betul kerajaan 1 Malaysia mahu memajukan Kelantan maka berilah bantuan seperti negeri-negeri yang lain. Tidak kira siapa yang memerintah sama ada PAS atau UMNO. Punca utama orang menolak UMNO kerana kenakan sekatan ke atas negeri yang di perintah Pakatan Rakyat.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat