Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

BN Tidak Tahu Apa Itu Khutbah?

Tuesday, 2 June 2009

PAS tidak pernah menggunakan khutbah Jumaat sebagai medan berpolitik, sebaliknya menyatakan apa yang benar mengikut kaedah Islam.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, memandangkan perjuangan PAS mengikut acuan Islam, menyebabkan isu yang dibangkitkan dalam khutbah Jumaat tidak boleh dipisahkan.

"Sebaliknya pihak tertentu pula mendakwa PAS telah menyalahgunakan khutbah Jumaat bagi agenda politik," katanya

Semalam, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian dilaporkan mendakwa kerajaan negeri menggunakan khutbah Jumaat untuk berkempen menjelang pilihan raya kecil Dun Manek Urai 14 Julai depan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, khutbah Jumaat mengandungi lima rukun iaitu memuji Allah, selawat ke atas Rasulullah saw, menyeru bertaqwa kepada Allah dan membaca ayat-ayat al-Quran.

"Antara lainnya Allah Taala menyeru manusia supaya berlaku adil. Keadilan yang Allah minta tegakkan itulah politik. Sedangkan Umno tidak mahu, sebab itulah mereka tolak Islam dan tidak mahu politik Islam," ujarnya.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat