Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

PAS Maju Kehadapan

Tuesday, 26 May 2009

Kerjasama yang padu di antara parti-parti komponen Pakatan Rakyat, kejayaan dalam beberapa pilihan raya kecil serta sokongan mantap bukan Islam, PAS kini bukan lagi sebuah parti yang dominan di kawasan tertentu sahaja.

Bendahari Agung PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kuala Terengganu Kali Ke-34, di Markas Tarbiyah PAS Kuala Terengganu, dekat sini, baru-baru ini.

Katanya, kerjasama yang padu di antara parti-parti komponen Pakatan Rakyat termasuk PAS, Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) dan DAP sangat baik.

Bahkan, katanya kemenangan Pakatan Rakyat dalam beberapa siri pilihan raya kecil selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu sangat memberangsangkan.

"Hubungan kita (PAS) dalam Pakatan Rakyat baik, kejayaan dalam pilihan raya kecil juga cukup baik, dan sokongan mantap bukan Islam kepada pun sangat baik.

"PAS hari ini, bukan lagi sebuah parti yang dominan di kawasan tertentu atau untuk golongan tertentu sahaja," ujarnya.

Menurutnya, PAS kini adalah sebuah parti 'arus perdana' yang berupaya memenangi pilihan raya meski pun bertanding di mana-mana kawasan di seluruh negara.

"Dalam pilihan raya negeri Sarawak, kita (PAS) hanya bertanding satu Dewan Undangan Negeri (Dun) sahaja, kita (PAS) hampir menang di Beting Maro.

"Dan kerana takutnya BN (kepada PAS), kawasan terpinggir luar bandar (itu), semua pimpinan tertinggi Umno turun berkempen. Seandainya, calon PAS menang di situ seolah-olah 'kiamat kecil' kepada pimpinan Umno/BN.

"Kita (PAS) sudah melangkaui batas-batas 'region' (daerah) di Malaysia ini, kita (PAS) boleh bertanding dan boleh menang di mana-mana sahaja," tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai mendakwa PAS bukan sahaja mendapat sokongan dari golongan tradisi 'Melayu Islam' tetapi telah disokong oleh semua kaum.

Katanya, sebelum ini golongan bukan Islam melihat PAS secara 'sinis, digentari dan ditakuti' tetapi tidak lagi sekarang ini.

"Mereka (bukan Islam) menyedarinya (kepentingan) perjuangan kita (PAS) walaupun tetap pada dasar (Islam). Mereka (bukan Islam) boleh menerima kita (PAS) sebagai sebuah parti aliran perdana," ujarnya

Oleh itu, katanya ahli-ahli PAS perlu sentiasa sayang dan menjadi lebih sayang kepada parti dengan menjaga imej daripada dirosakkan oleh mana-mana pihak kerana orang lain kini telah mula menyayangi PAS.

Dr Hatta mahukan agar ahli-ahli PAS menjauhi politik 'defisit', politik yang membahagi-bahagikan sesama sendiri yang merugikan serta bertentangan dengan arus perpaduan yang dikecapi masa kini.

"Hormat menghormati dan mewujudkan perpaduan antara kita (rakyat) yang datang dari pelbagai latar belakang adalah usaha yang perlu diteruskan.

"Almarhum Ustaz Fadhil Noor dalam ucapannya di salah satu muktamar pernah menyentuh isu kerjasama, perpaduan dan saling hormat menghormati antara kita (yang datang) dari pelbagai latar belakang, kerana itu adalah tonggak kekuatan kita," jelasnya.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Wan Abdul Mutalib Embong dan Bendahari PAS negeri, Mohd Abdul Wahid Endut.

Pada majlis berkenaan beberapa orang veteran pimpinan PAS kawasan yang pernah berjasa diberi penganugerahan 'Tokoh' PAS yang wajar dikenang oleh generasi akan datang.

Sumber: Harakahdaily

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat