Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

PKR Dapat Penanti, BN Jadi Penunggu

Sunday, 31 May 2009

Kemenangan yang sudah diduga. Begitulah keputusan pilihanraya kecil DUN Penanti setelah calon dari Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dr Mansor Osman menang besar dengan menewaskan tiga calon Bebas, Aminah Abdullah, Nai Khan Ari dan Kamarul Ramizu Idris dalam pertandingan empat penjuru pilihan raya kecil yang berlangsung di Penanti hari ini.

Proses pengiraan membuktikan calon PKR Dr Mansor memperolehi 6,052 undi, manakala Aminah memproleh 392 undi, Nai Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Dr Mansor menang dengan majoriti 5,558 undi.

Kehadiran pengundi kali ini paling sedikit mungkin kerana faktor Ketua Pemuda UMNO yang tidak membenarkan pengundi untuk keluar mengundi hari ini dan ada yang diangkut keluar dari Penanti yang ditaja khas oleh BN sempena bercuti untuk menunaikan tanggungjawab. Namun itu buka faktor yang merisaukan tapi perubahan majoriti yang mendadak kali ini sehingga mencecah angka 5000 lebih.

Laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah yang keluar mengundi sebanyak 46.15 peratus iaitu kira-kira 7,100 orang berbanding 82.13 peratus dalam pilihan raya umum ke-12 lalu, dan ia disifatkan terendah dalam sejarah negara.

Akhirnya rakyat telah menterjemahkan bahawa BN bukan lagi suatu kuasa besar tapi kuasa pengecut bila berdepan dengan rakyat. Jika mereka bertanding mereka akan mengalami nasib yang sama. Kali ini mereka kalah lagi walau mempertaruhkan calon bebas. Pakatan Rakyat sudah menjaringkan gol kelima menjadikan kedudukan 5-0. Perbezaan majoriti yang besar.

Sekarang Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) telah menawan Penanti manakala BN jadi Penunggu. Sekali lagi rakyat menguburkan calon bebas dan BN pun turut dikuburkan oleh mereka sendiri kerana pengecut tidak bertanding.

Plihan raya kecil ini diadakan berikutan perletakan jawatan sebagai Adun Penanti oleh penyandangnya Mohamad Fairus Khairuddin daripada KeADILan awal bulan lepas.

Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihan raya kecil ini atas alasan menjimatkan duit rakyat namun di Manek Urai mereka mrenggunakan duit siapa kalau bukan duit rakyat? Itu persoalan yang menjadi tanda tanya. Adakah duit scorpene atau komisyen kapal selam? Kita tengok BN akan menyelam dengan kapalnya di Manek Urai.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat