Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Kelantan Ada Pilihanraya?

Friday, 22 May 2009

Lagi pilihan raya kecil akan berlaku dan kali ini di Kelantan. Pilihan raya kecil akan berlangsung pada masa terdekat selepas kematian ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob, 60, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini kira-kira 5.55 pagi tadi kerana sakit jantung.

Ismail dimasukkan ke hospital tersebut untuk menerima rawatan sejak bulan lepas.

Allahyarham meninggalkan isteri Siti Zaharah Ibrahim dan 10 orang anak.

Beliau yang mewakii PAS mula memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada pilihan raya umum 1985.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak mempertahankan kerusi tersebut, sebaliknya diwakili oleh Zamzuri Mat Lazim.

Namun Ismail dipilih semula bertanding di DUN berkenaan pada pilihan raya umum tahun lalu dan menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

Beliau merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS bahagian Kuala Krai.

Manik Urai terletak di dalam kawasan Parlimen Kuala Krai, yang turut mempunyai DUN Dabung, Guchil dan Mengkembang.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat