Kebodohan Khairy vs Kepintaran Rakyat

Memetik daripada akhbar Sinar Harian ruangan nasional hari ini 31 Mei muka surat N4 bahawa Khairy menyifatkan PKR membuat laporan polis atas tindakannya di bawah undang-undang pilihanraya sebagai tidak berasas dan melambangkan politik juvana pembangkang.

Apa yang diperkatakan, Khairy meminta dan menasihati pengundi untuk tidak keluar membuang undi hari ini. Jelas tindakan Khairy itu melambangkan tiada demokrasi dan bersifat menghasut pengundi untuk keluar mengundi dan juga bertentangan dengan prisip system demokrasi berparlimen. Hak pengundi dinafikan semata-mata takut periuk nasi tidak dapat ditanak nasi lagi jika pengundi berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Begitulah sikap Khairy yang budak hingusan dalam UMNO. Berfikir seperti budak KEMAS dan mentality sempit. Sikap dengki dan dendam ala-ala budak kecil sudah menjadi trend dalam pemimpin UMNO. Kalau tidak dapat, dicipta sesuatu agar dapat walau dengan cara keji dan haram sekalipun.

Khairy juga berkata, itu haknya untuk bersuara kenapa perlu dihalang? Baiklah kita Tanya Khairy, kenapa bila Pakatan Rakyat mahu bersuara ditutup terus hak untuk bersuara? Adakah ini adil bagi Pakatan Rakyat? Apa yang Pakatan Rakyat adalah betul dan bukan menyatakan kesalahan orang.

Beza kenyatan Khairy adalah bersifat kebudak-budakan kerana menghalang pengundi untuk tidak keluar mengundi sedangkan Pakatan Rakyat bersuara untuk menyatakan kebenaran. Kenapa Khairy boleh Pakatan Rakyat tidak boleh? Demokrasikah seperti ini? Inilah dikatakan Negara 1 Malaysia. Hanya pemerintah sahaja yang layak bersuara sedangkan Pakatan Rakyat tidak.

Beginilah sikap pemimpin yang kurang baligh seperti UMNO/BN. Menafikan hak demokrasi. Jika Khairy boleh kenapa Pakatan Rakyat dinafikan untuk bersuara? Kalau? Kalau Khairu mahu bersuara, bersuara lah untuk kebenaran dan jangan seperti budak-budak yang belum baligh ketika bercakap.

Comments