Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Jenazah Ismail Yacob Diimamkan Oleh Menteri Besar Kelantan

Friday, 22 May 2009


ADUN Manek Urai, Ismail Yaacob meninggal dunia subuh hari ini di hospital Kota Bharu kerana sakit jantung setelah dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan sejak akhir bulan lepas.

Allahyarham, juga timbalan yang dipertua PAS kawasan Kuala Krai, meninggalkan isteri Siti Zaharah Ibrahim dan 10 orang anak.

Ismail, 60, dilaporkan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II sejak 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kaki.

Allahyarham antara ADUN yang paling lama berkhidmat di Kelantan sejak memenanginya pada pilihanraya umum 1986.

Kecuali pada 2004, allahyarham sudah lima penggal dipilih mewakili kawasan tersebut - bawah parlimen Kuala Krai yang kini diwakili bendahari PAS Dr Hatta Ramli.

Sewaktu beliau tidak bertanding, calon PAS Mohd Zamzuri Mat Lazim tewas tipis di tangan calon BN Zulkepli Omar dengan 53 undi.

Dalam pilihanraya umum lalu, Ismail menang dengan majoriti 1,352 undi.

Jenazah allahyarham dibawa ke rumahnya di Manek Urai Lama dan
disembahyangkan di sebuah masjid dengan diimamkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kira-kira 2,000 orang menziarahi dan turut menyembahyangkan jenazah Ismail sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Manek Urai Lama selepas solat Jumaat.

Ketika menziarahi jenazah tersebut, Speaker DUN Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud berkata beliau akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan kerusi itu Isnin ini.

Tambahnya, laporan itu dibuat awal minggu depan kerana hari ini dan
esok merupakan cuti umum bagi Kelantan, sementara Ahad cuti hujung minggu di Kuala Lumpur.

Dalam sidang media di Kuala Lumpur pagi ini, pengarah pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali berharap "Umno tidak meletakkan calonnya" seperti pada pilihanraya kecil DUN Penanti yang akan bermula Sabtu ini.

Bagaimanapun ketua penerangan Umno lebih senang jika BN meletakkan calonnya di kerusi DUN tersebut, tidak seperti keputusannya tidak bertanding di DUN Penanti dalam pilihanraya kecil yang bermula esok hingga 31 Mei.

"Secara peribadi atas jawatan ketua penerangan Umno, saya akan mencadangkan kepada pemimpin Umno agar BN bertanding pada pilihanraya kecil di Manek Urai kerana ia diadakan atas faktor kematian wakil rakyat dan bukannya faktor rekaan seperti di DUN Penanti," Ahmad Maslan dipetik berkata hari ini.

Beliau sebelumnya pernah menggesa penyokong BN memboikot pilihanraya kecil yang mungkin diadakan lagi pada masa depan jika didapati telah "diatur" oleh pembangkang dan bukannya disebabkan faktor kematian wakil rakyat atau kerana perintah mahkamah.

Katanya, menurut Bernama, BN perlu berpolitik mengikut caranya tersendiri dan tidak harus terpedaya dengan perangkap pembangkang yang menjadikan siri pilihanraya kecil sebagai medan membina imej mereka.

Sumber: Malaysiakini

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat