Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Halal vs Haram Petang ini

Friday, 22 May 2009

Beginilah apabila plastik seperti Zambry tidak mahu mengalah walau dah jatuh ditimpa tangga dan tersungkur masih membuat rayuan untuk mengekalkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak haram. Contoh plastik lebih sesuai digunakan kerana plastik merupakan bahan yang susah terurai dan mengambil masa 100-500tahun untuk mereput. Walaupun plastik itu dah jadi sampah namun tetap berdegil utk tidak terurai. Begitulah sifat menteri-menteri UMNO.

Yang kalah mahu pertahankan walau sudah tahu kalah. Yang belum bertanding dah tarik diri sebelum bertanding. Begitulah pemimpin UMNO yang sekarang meraih simpati dari komponen Barisan Nasional.

Macam mana mereka mengatakan mereka berkuasa sedangkan 28 PR vs 28 BN serta 3 katak tidak bermakna BN yang tadbir. Katak hanyalah katak yang akan melompat pada bila-bila masa serta hujah itu hanya untuk orang gila sahaja. Memang mereka ini gila. Guna polis untuk tangkap rakyat dan speaker. Sudahlah jahil perlembagaan, dangkal undang-undang pula.

Aduhai nasib Perak. Petang ini kita sama-sama nantikan siapa yang sah dan siapa yang haram. Yang sah sememangnya Ir Nizar. Cuma yang haram tidak boleh menerima kenyataan.

Jawapannya pukul 3.30 petang ini.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat