Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Gila Kuasa Tapi Penakut

Saturday, 23 May 2009

Dewan Pemuda Pas Negeri Perak menyifatkan Zambry Abdul Kadir sebagai orang yang gilakan kuasa kerana mahu menduduki kerusi Menteri Besar Perak tanpa memperdulikan keputusan yang telah dibuat oleh rakyat Negeri Perak semasa Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lepas.

Naib Ketua Dewan Salman Saleh, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini juga menganggap Zambry sebagai penakut untuk berdepan dengan rakyat kerana enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak seperti mana desakan rakyat.

“Dengan disebabkan melompatnya tiga Ahli Dewan Undangan Negeri yang mana dua Adun disabitkan dengan pertuduhan rasuah, maka Kerajaan yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada hari ini menggambarkan kepada seluruh dunia bahawa kerajaan yang telah dibina oleh Zambry adalah rapuh dan tidak bersih,” Salman berkata.

“Jika dua Adun tersebut gugur kelayakan mereka sebagai Adun kelak, kerajaan negeri Zambry akan dijatuhkan semula oleh rakyat,” kata beliau.

Dewan Pas Perak mencabar BN berdepan dengan rakyat sekiranya mereka berani dan tidak gilakan kuasa kerana hanya melalui pembubaran Dun Perak secepat mungkin rakyat mampu membina semula keharmonian dan kesejahteraan negeri Perak melalui sebuah kerajaan yang stabil dan bersih.

“Hanya dengan keputusan rakyat, kerajaan negeri yang akan dibina adalah benar-benar menjadi impian semua rakyat,” jelas beliau.

“Kami menegaskan setelah rakyat membuat pilihan mereka melalui pilihan raya semula, semua pihak mesti sama-sama membina semula kerajaan negeri ini,” tegas beliau lagi.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat