Dun Perak Dibubar?

Desas desus yang melanda negeri Perak bahawa besar kemungkinan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak akan dibubarkan dalam masa terdekat amat kencang di perkatakan di mana-mana.

“Ini berkemungkinan akan berlaku kerana desakan rakyat yang mahukan Dun itu dibubarkan amat kuat dan jelas oleh berbagai pihak termasuk sesetengah pimimpin Barisan Nasional,” kata Adun Gopeng Dr Lee Boon Chye kepada Suara Keadilan.

Walaupun ini mungkin hanya khabar angin namun Kerajaan Barisan Nasional harus akur dengan desakan rakyat sejajar dengan kenyataan Perdana Menteri Najib Razak yang mahu mendengar denyutan nadi dan jantung rakyat seperti yang di war-warkan dalam media arus perdana baru-baru ini.

“Saya juga beranggapan perkara ini harus dilakukan segera kerana desakkan kuat oleh rakyat dan BN tidak ada pilihan lain selain membubarkan Dun,” jelas Lee lagi.

Sementara it, aktivis Gabungan Badan Pilihanraya Adil dan bersih (Bersih) Wong Chin Huat akan terus memakai pakaian berwarna hitam untuk menyatakan pendirian beliau dan mewakili Bersih supaya Dun Perak segera di bubarkan.

“Saya akan terus berbaju hitam sehingga kemelut di Perak selesai, saya juga menyeru semua rakyat yang menyokong tindakan saya juga berbuat perkara yang sama,” jelas Wong.

Esok pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat akan memulakan puasa untuk tujuan yang sama.

Sumber: Suara Keadilan

Comments