Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Husam Persoal Larangan Sentuh Isu Altantuya

Thursday, 2 April 2009


SHAH ALAM – Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mempersoalkan larangan tidak membenarkan mana-mana parti politik menggunakan isu pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dalam siri ceramah pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang menjelang 7 April ini.

Beliau menyifatkan larangan yang telah dikuatkuasakan serta-merta itu akan mencemarkan imej Datuk Seri Najib Tun Razak yang bakal dilantik Perdana Menteri keenam, Jumaat ini.

Menurutnya, kenyataan itu memperlihatkan parti komponen Barisan Nasional (BN) cuba menyembunyikan perkara sebenar dan cuba menutup kesalahan dengan mengenakan larangan.

“Ia jelas memberi persepsi negatif kepada masyarakat umum bahawa isu tersebut mempunyai kaitan dengan BN malah tindakan melarang menunjukkan parti tersebut tidak sanggup berbincang secara terbuka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mengulas mengenai Mesyuarat Agung UMNO baru-baru ini, Husam berkata, beliau melihat ada perwakilan meminta untuk berdepan dengan pembangkang bagi membincangkan isu secara terbuka.

“Tetapi apa yang saya dapati adalah sebaliknya di mana mereka tidak berani untuk berbincang dan berhadapan dengan pembangkang.

“Saya berharap isu larangan ini dapat dibincangkan semula, sekiranya tidak ia akan memburukkan lagi imej beliau (Najib) selaku bakal Perdana Menteri,” katanya.

Terdahulu, semua parti politik dilarang daripada menggunakan isu pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dalam siri ceramah pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Parti-parti terlibat turut dilarang mempertikaikan keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang memberi perkenan kepada Barisan Nasional (BN) membentuk Kerajaan Negeri Perak.


Sinar Harian - 2 April 2009

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat