Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Kena Gigit Penyepit Baru Boleh Senyum

Wednesday, 31 October 2012


BEIJING: Polis China dikenali sebagai antara pasukan keselamatan paling terlatih dalam dunia.

Disebabkan kesukaran dan cabaran dihadapi dalam latihan itu, anggota polis terbabit mungkin sukar untuk tersenyum.

Bagi mengatasinya, mereka diajar bagaimana untuk mempamerkan senyuman kepada orang ramai. Justeru, pasukan polis di Dalian di wilayah Liaoning baru-baru ini mengadakan kursus khas bagi mengajar anggota mereka teknik tersenyum yang betul.

Untuk mencapai matlamat itu, peserta diberi sebatang penyepit makanan dan mereka dikehendaki menggigitnya sambil tersenyum.

Menurut jurucakap polis Liaoning, kurus itu diadakan untuk mendedahkan kakitangan mereka kepada “senyuman seragam.

“Kursus ini juga dapat meningkatkan kemahiran anggota polis di wilayah Liaoning ketika mereka berurusan dengan orang ramai supaya nampak lebih mesra,” katanya. - DM

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat