Abang Dibunuh Kerana Harta


BANGKOK: Seorang wanita dan suaminya ditahan polis dan didakwa membunuh abang wanita terbabit untuk mewarisi harta bernilai 20 juta baht (RM1.9 juta), lapor akhbar semalam.

Polis menahan To-Pluem; suaminya, Theerawat Meesaard dan pembunuh upahan, Nu Khongrod. Mereka didakwa membunuh Sak To-Pluem. Polis berkata, suspek mengakui melakukan jenayah itu.

Menurut polis, Sak ditembak mati pada 9 September lalu di daerah Kampheang Sean di wilayah Nakhon Pathom. Pembunuh upahan terbabit memberitahu polis, pasangan itu mengupahnya RM3,980 untuk membunuh mangsa.

Dia menembak mati mangsa dekat kediamannya di Nakhon Pathom sebelum mengambil bas untuk pulang ke kampung halamannya di wilayah Phichit. To-Pluem mendakwa dia bergaduh dengan abangnya dan terpaksa melarikan diri ke Phichit bersama anak-anaknya untuk tinggal dengan suaminya.

Menurutnya, abangnya mudah naik angin dan sering membelasah ibu mereka.

Dia kemudian mendapat tahu ibu mereka menjual sebidang tanah dengan harga RM1.9 juta. Dia bimbang abangnya akan membolot semua wang itu, jadi dia dan suaminya merancang pembunuhan mangsa. - Bangkok Post

Comments