Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Maklumat Lengkap Blogger UMNO Bekerja Dengan Ali Rustam

Monday, 23 July 2012


Walaupun sebuah akhbar semalam melaporkan ada seorang blogger sebuah parti politik emnuntut bayaran beliau yang berjumlah RMRM24,370, hari ini kijang59 akan mendedahkan siapa sebenarnya blogger sebuah parti politik tersebut. Blogger sebuah parti politik tersebut datangnya dari sebuah parti Melayu iaitu UMNO yang telah ditipu oleh bosnya sendiri iaitu Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam.

Blog atau web yang dikemaskinikan oleh Ahmad Faisal Bin Mohd Yunos ialah http://www.mohamadalirustam.com dan ini menguatkan lagi penulis blog itu bekerja di bawah Ketua Menteri Melaka dan kita tidak tahu mengapa seorang Ketua Menteri tidak dapat menjelaskan bayaran kepada Ahmad Faisal  sebagai Pegawai Khas dan Ketua Unit IT sejak kira-kira tiga tahun lalu yang turut berperanan sebagai pengendali blog.

Ahmad Faisal menerima surat pelantikan pada 13 Mei 2008 dengan gaji bulanan sebanyak RM3,000. Bagaimanapun, pejabat terbabit membayar kurang RM1,000 setiap bulan. Pada asalnya tunggakan baki gajinya berjumlah RM38,000 dengan mengambil kira 38 bulan gaji.


Namun, selepas pengurusan pejabat berkenaan diambil alih oleh individu lain awal tahun lalu, gaji Ahmad Faisal ditahan bermula Mei 2011 tanpa sebarang notis dan alasan dan dua bulan selepas itu, dia dinasihatkan berhenti kerja, namun dia memberi syarat hanya berbuat demikian sekiranya semua tunggakan baki gajinya dijelaskan.

Setelah Ahmad Faisal mendesak, barulah mereka jelaskan sebahagian daripada jumlah berkenaan iaitu RM11,330 yang diserahkan 20 Disember tahun lalu, termasuk kiraan bayaran penolakan jumlah hutang yang beliau pinjam sebelum ini iaitu RM2,300.

Tetapi baki jumlah RM24,370 lagi masih tidak dijelaskan kerana mereka memberi alasan sudah ditolak daripada beberapa peralatan di bawah penjagaan saya sebelum ini. Bagaimanapun, Ahmad Faisal tidak berpuas hati kerana penolakan itu tidak mengambil kira susut nilai barangan diambil; antaranya, tiga buah komputer riba, sebuah kamera kompak dan beberapa peralatan lain yang mempunyai nilai kecil.

Maklumat lengkap mengenai blogger UMNO ini

Nama: Ahmad Faisal Bin Mohd Yunos

Alamat: UMNO Bahagian. Tangga Batu Aras 7 Bangunan,  UMNO Bahagian Batu Berendam, Jalan Hang Tuah, 75300 MELAKA

P/S: Mungkin sebab duduk di Pejabat Idris Haron yang tidak sebulu dengan Ali Rustam maka blogger ini menjadi mangsa ahli politik yang kotor

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat