Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Makan Daging 3 Wanita Untuk Sucikan Diri

Thursday, 7 June 2012





BRASILIA: Tiga warga Brazil didakwa membunuh tiga wanita dan memakan daging mereka sebagai sebahagian upacara pemujaan yang bertujuan mensucikan jiwa mereka dan mengawal pertumbuhan populasi, kata polis.

Pihak berkuasa semalam mengenakan tuduhan itu ke atas tiga suspek berkenaan - pasangan suami isteri dan seorang wanita, menuduh mereka membunuh tiga mangsa terbabit yang berusia antara 17 dan 31 tahun antara 2008 dan tahun ini di timur laut Pernambuco. 


“Tertuduh mengakui memakan daging mangsa mereka,” kata jurucakap polis, Paulo Berenguer kepada wartawan sambil menambah polis masih menyiasat sama ada mereka terbabit dengan kematian empat orang lagi.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek masing-masing berdepan hukuman maksimum 30 tahun penjara. - AFP

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat