Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

UMNO Buat Komponen BN Bertambah Jahil Pasal Hudud

Wednesday, 16 May 2012



KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) harus menyatakan pendirian mereka berkenaan dengan pelaksanaan hukum hudud dengan jelas sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi pengundi membuat penilaian dan pendirian.

MIC membuat gesaan itu, yang jarang-jarang dilahirkan oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) ketiga utama ini, atas alasan pengundi tidak wajar dikelirukan dengan kenyataan bahawa PR hanya akan memutuskan kemudian iaitu membentuk Kerajaan Pusat.

Umno dan MCA pernah membuat pendirian sebelum.

"Mereka harus menyatakan pendirian sekarang. Jika saya mahu mengundi, mereka harus menyatakan pegangan dalam isu ini, saya perlu tahu pendirian bersama Pakatan Rakyat, untuk saya membuat keputusan sebelum hari pengundian.

"Sedangkan mereka tidak boleh membuat keputusan sekarang, apa jaminan mereka tidak akan bertengkar sesama mereka selepas saya (rakyat) memilih mereka. Saya tidak mahu negara ini hancur, berpecah kerana pertelingkahan mereka kelak, selepas pilihan raya selesai," kata Setiausaha Agung MIC, S. Murugessan dalam temu bual dengan Sinar Harian Online, semalam.

Murugessan, seorang peguam berkata, soal pelaksanaan hukum hudud yang hendak dibawa oleh Pas sedangkan ditentang DAP, adalah satu "isu fundamental" melibatkan kepentingan negara walaupun Pas berpendirian bahawa ia hanya akan melibatkan masyarakat Muslim.

"Jadi setiap pengundi perlu tahu pendirian mereka dalam soal hudud sebelum hari pengundian... setiap pengundi berhak untuk mengetuai pendirian DAP dan juga PKR," kata beliau yang bertanding kerusi Parlimen Subang pada Mac 2008.

Kata beliau, sekurang-kurangnya Pengerusi DAP Karpal Singh telah memperlihatkan pendirian beliau yang jelas dan konsisten dalam isu hukum hudud, yang dijangka akan menjadi antara modal kempen PRU13.

Pas berusaha melaksanakan hudud sejak mula memerintah Kelantan. Ia telah menggubal undang-undang berkaitan 18 tahun lalu.

"Kami mahu pendirian rasmi setiap parti dan PR. Mereka harus menyatakan pendirian terbuka macam Karpal buat. Ini sesuatu yang mengarut, anda sebagai parti politik harus melahirkan pendirian. Ini satu isu yang sangat fundamental," katanya lagi.

Kelmarin, PR yang mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden menegaskan akan terus memokus persediaan menghadapi PRU13 dan tidak akan terbuai dengan isu hudud yang didakwanya sengaja diperbesarkan oleh media massa.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun terdapat perbezaan ideologi antara Pas dan DAP mereka akan tetap berpegang kepada persetujuan yang dibuat dalam Buku Jingga pada 28 September lalu.

Menurutnya, PR berada dalam semangat yang kuat dan sedikit pun tidak terjejas dengan laporan negatif mengenai hukum hudud.

“Mesyuarat hari ini juga kita tidak bincangkan hal itu, kita memfokuskan tentang isu pilihan raya.

“Saya tidak meremehkan tapi kenyataannya begitu. PR akan terikat untuk masa sekarang, dalam pilihan raya dan Insya-Allah kita akan kekal setelah membentuk kerajaan,” katanya.

Anwar berkata, semua parti dalam PR sepakat memperjuangkan perkara yang dipersetujui mereka dalam konvensyen Pakatan, Buku Jingga dan konsensus tentang hudud.

Menurut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, parti itu menghormati perbezaan ideologi dan agama yang terdapat dalam PR kerana ada isu lebih penting perlu di tekankan pada masa ini iaitu menuntut pilihan raya bersih dan adil berbanding pelaksanaan hukum hudud.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan, pihaknya tetap berpegang dengan prinsip ditekankan oleh PR dalam Perlembagaan iaitu Islam sebagai agama rasmi, hak istimewa orang Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

“Ketiga-tiga parti setuju sebarang perubahan polisi mesti dapat persetujuan bersama secara konsensus termasuk pelaksanaan hudud.

“Bagi DAP, sangat jelas bahawa ia tidak termasuk dalam persetujuan bersama dalam Buku Jingga tetapi kami menghormati pendirian Pas dalam isu ini,” katanya.

Minggu lalu, Karpal mendesak Anwar perlu menyatakan pendiriannya sebagai antara pemimpin utama pembangkang mengenai hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

p/s: Wei MIC, kalo nak kritik dan nak lontar usul masuk  Pakatan Rakyat dulu. Jangan jadi anjing UMNO. UMNO parti Majusi yang tiada agama. Agama mereka sembah duit. Bodoh!

1 comments:

Kekejaman Terhadap Orang Muda - ( Lihat sendiri BUKTI, Kenapa kami KELUAR UMNO dan TAKKAN kembali lagi. Buktikan jika ia PALSU )
1~BUKTI 1 * (MESTI TONTON)
2~BUKTI 2 * (HOT)
3~BUKTI 3
4~BUKTI 4
5~BUKTI 5 * (HOT)
6~BUKTI 6
7~BUKTI 7
8~BUKTI 8
9~BUKTI 9
10~BUKTI 10

~ Orang Muda Geng Kita - Usaha Dengan Doa ~



Kami Mahu Generasi Muda Terengganu Jadi Perdana Menteri Malaysia Ke-7 Sebelum PRU ke-13 Tanpa Perlu Berdolak-dalik!!
(Bukti kukuh)
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196

5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1






p/s: Ubahsuai (copy&paste) dari 'Abang Sayang'

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat