Siri 15: Melaka Panas!! Speaker Melaka Mengaku Terlibat


Speaker Melaka merupakan orang yang keempat menjadi barah kepada UMNO/BN Melaka pada kali ini. Rentetan yang sebelum ini semua datangnya dari parti Melayu yang kononnya membela Melayu tetapi dah masuk yang keempat ini adakah ia boleh dikatakan kebetulan?

Bermulalah kerosakan UMNO dalam melakukan kejahatan yang turut terpalit kepada ADUN yang tidak terlibat. Empat kerosakan yang dilakukan adalah dua berpunca dari sikap anak ADUN dan dua lagi datang dari ADUN itu sendiri.

Berikut masalah moral dan kredibilit yang dilakukan oleh ADUN-ADUN UMNO dan Speaker serta anak-anak mereka sehinggakan UMNO sebuah parti jual bangsa dan negara.

1. ADUN Serkam - Anaknya terlibat dalam pengedaran dadah dan didenda RM1,500 sahaja.

2. ADUN Rim - ADUN sendiri masuk kelab malam kononnya baru balik solat tahajjud dan sehingga ke hari ini belum menafikan sebarang kenyataan yang beliau tidak bersalah.

3. ADUN Sungai Udang - Anaknya terlibat dalam pertukaran alamat di Parlimen Bukit Katil dan jelas video itu menunjukkan anaknya.

4. Speaker - Mengakui wujud gerak kerja untuk menukar alamat tempat pengundian pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri Melaka.

Paling peliknya, tidak mengaku dan sebaliknya menuduh Pakatan Rakyat menipu. Tuan speaker, tuan speaker perlu tonton video sebelum buat kenyataan. Tuan speaker nak kena halau keluar dewan ke? Tuan speaker jangan buat fitnah. Kenyataan membangsatkan rakyat seperti di bawah.

"Ini semua bagi memberikan kemudahan kepada pelajar terbabit dan langsung tidak timbul soal penyelewengan dan penipuan seperti yang  didakwa pembangkang semalam"

Comments