Siri 14: Melaka Panas!! Anak Timbalan Ketua Menteri Terlibat


Kecoh sehari dua pasal ada seorang anak Timbalan Ketua Menteri Melaka terlibat dalam percaturan permainan dalam memenangkan calon UMNO/BN. Kegiatan yang cuba dilakukan itu adalah satu kerja jahat dan pihak yang bertanggungjawab harus bertindak. Keadaan semakin genting dari hari demi hari kerana BERSIH 3.0 juga akan melunaskan hajatnya.

Negeri Melaka sudah kotor dengan pemimpinnya terutama dari UMNO. Rosak bangsa bukan kerana Melayu tetapi kerana UMNO itu sendiri perosak bangsa. bukan sekali atau dua kali yang kita dengar tentang masalah moral yang dilakukan oleh ADUN UMNO ataupun anak-anak mereka tetapi kali ini masuk ketiga dan sekali gus membuktikan UMNO semakin parah.

Bermula dari masalah anak ADUN Serkam merangkap Exco Jawatankuasa Negeri Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna, Y.B Datuk HJ. Ghazale bin Mohamad kerana kesalahan memiliki satu paket dadah, Mac tahun lalu dan mahkamah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Rozameer Anwar Ghazale, 26, selepas tertuduh mengaku bersalah.

Mengikut pertuduhan, ketika pemeriksaan, tertuduh didapati memiliki satu paket mengandungi bahan hablur jenis methamphetamine dengan berat bersih 0.17 gram di Rumah Awam Rim, di sini, pada 18 Mac lalu kira-kira jam 10.30 pagi.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama.

Selepas itu kecoh pasal ADUN UMNO masuk kelab malam dan didapati positif dadah. ADUN Rim merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), YB En. Mohd Yazed bin Hj. Khamis telah terlibat namun cuba dinafikan oleh Ketua Menteri dan sehingga hari ini belum ada kenyataan dari beliau bagi menafikan dakwaan media dan Pakatan Rakyat.

Terkini kecoh pula mengenai anak ADUN Sungai Udang merangkap Exco Jawatankuasa Negeri Hal Ehwal Agama Islam, Y.B. Datuk Hj Yaakub bin Md Amin yang terlibat dalam proses pertukaran alamat di sebuah IPTA di Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau.

Sekarang kesemua masalah moral datang dari pemimpin UMNO dan bukannya rakyat. Sekiranya ini benar, pihak bertanggungjawab menyiasat apa yang berlaku dan bukannya "mendakwa yang dibunuh sebaliknya mendakwa yang membunuh". Tapi di Malaysia silibusnya berlainan. "Yang dibunuh kena dakwa dan bukannya yang membunuh". Faham-fahamlah. Takkan tu pun nak jelaskan.

Sekarang IPTA tersebut menyekat akses media kepada Malaysiakini gara-gara anak ADUN tersebut yang telah tersebar luas dalam internet. Jaringan tanpa sempadan ini tidak boleh dihalang namun ia akan diterjemahkan oleh rakyat pada suatu ketika nanti. Bersiaplah UMNO untuk melabuhkan tirai hitam.

Comments