UMNO Akui Isa Samad Tidak Beretika


Aku petik artikel ini dari buku yang dikeluarkan oleh puak-puak UMNO yang bertajuk "Pilihan Raya Umum ke-13: Nak Pilih Siapa?" Aku pun tidak jelas mengapa buku ini dikeluarkan oleh puak-puak UMNO? Dalambuku tersebut ada 22 isu yang bersifat provokasi serta menunjukkan kelemahan UMNO. Aku tidak faham buku UMNO buat tapi tunjukkan kelemahan sendiri.

Aku petik isu yang ke-20 dalam buku tersebut yang tertulis tajuk "FELDA dan Pakatan Pembangkang". Mengapa aku pilih tajuk ini dan tidak pilih tajuk yang pertama sebagai permulaan diskusi? Mungkin ini tajuk yang pertama yang aku berminat, jadi aku cuba kongsi kepada pembaca bagaimana buku ini diedarkan kepada rakyat yang dungu terutamanya yang akan diperbodohkan oleh UMNO.

Dalam penulisan tersebut, FELDA telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 setelah Akta Pembangunan Tanah telah diwartakan dan bermodalkan RM10juta. Tanah Rancangan FELDA yang pertama adalah seluas 16.2 km persegi dan ia lebih berfokus kepada tanaman getah dan kelapa sawit yang mula diperkenalkan di FELDA pada tahun 1961.

Ia menyebut tentang penggantungan Isa daripada UMNO kerana politik wang semasa pemilihan UMNO. Dalam artikel tersbut juga memperakui bahawa "kita kena faham bahawa kesalahan Isa merupakan kesalahan etika parti dan bukannya kesalahan jenayah. Jelas sekali artikel (merujuk kepada Harakah bertarikh 11 Februari 2011) itu berniat jahat untuk memburukkan kredibiliti Isa. Isa tidak pernah dihadapkan ke mahkamah kerana beliau bukannya penjenayah korupsi. Beliau hanya melakukan kesilapan pemilihan parti."

Pelik tak ayat yang berwarna biru? Sudahlah mengakui bahawa Isa itu melakukan dalam kesalahan parti tapi tidak disebut sebagai kesalahan rasuah. Lepas itu kata tidak ditangkap kerana bukan kesalahan korupsi. Apa beza korupsi dengan rasuah? Memang melayu suka difidlotkan oleh UMNO. Artikel dalam buku itu sudah memperakui tetapi ada unsur penafian dan pengampu.

Aku pun tidak tahu apa akan jadi dengan mereka yang percaya dengan bukuyang bakal diedarkan kepada orang kampung. Nasib baik aku dapat buku percuma ini dari puak-puak UMNO juga. Puak-puak UMNO ni rapat dengan aku. Segala maklumat mereka bagi pada aku. Mereka pun tidak yakin dengan UMNO. Mereka duduk dalam UMNO sebab mahu projek sahaja. Sian pada UMNO kena perguna oleh UMNO sendiri.

Comments