Debat Mr Bean vs Pesuruhjaya PAS Melaka


Aku dapat berita dari JKKK bahawa Mr. Bean Melaka nak berdebat dengan Pesuruhjaya PAS Melaka. Betul ke ni? Macam tidak percaya sahaja UMNO nak berdebat. Setahu aku, Sabree Chik sahaja yang berani berdebat dan Khairy. Lain-lain semua jaga telur.

Aku harap Mr. Bean tidak merapu ketika berdebat. Ada pemuda UMNO bagi tahu aku semasa sidang DUN Melaka, Mr Bean banyak 'melancong' dari kemukakan fakta. Lain yang ditanya maka lain yang dijawabnya. Beliau banyak melancong ke Pulau Pinang.

Aku harap debat Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau ini menjadi kenyataan. Aku pun nak datang Melaka juga nak dengar Mr Bean berucap. Pemuda UMNO bagi tau, Mr Bean pernah cabar puak-puak PAS debat dan mungkin ini masanya.

Selamat berdebat Datuk Seri Ali Rustam dan Adly Zahari.

Comments