Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Anuar Musa Terpaksa Lupakan Jawatan Dalam FAM, KAFA

Thursday, 29 March 2012


Apa nasib akan berlaku kepada Anuar Musa selaku Timbalan Presiden FAM dan jawatan dalam KAFA selepas beliau berkemungkinan akan digantung selama 2 tahun dan dilucutkasn jawatan? Apa yang istimewa sangat FAM ini sehingga tidak boleh mengkritik sedangkan kritikan itu adalah untuk kebaikan bola sepak negara juga.

FAM ibarat kuasa besar dan kuku besi kerana tidak boleh menerima kritikan dan teguran dari pihak tertentu. Siapa yang bersuara maka akan dilayang seperti anjing. Sikap tidak profesional ini akan membunuh jiwa peminat bola sepak tempatan. Takkan mereka dibiarkan seperti pak turut dan tidak boleh meyuarakan pandangan?

Sekiranya FAM bersifat bongkak seperti ini, mutu bola sepak negara tidak ke mana kecuali main dalam kampung dan bergelar sebagai jaguh kampung. Apa nasib mereka yang dibuang atau dikenakan tindakan gara-gara menegur, mengkritik dan sebagainya. Adakah alasan itu kuat untuk mengenakan sebarang tindakan kepada mereka yang bersuara?

Jika demikianlah, lebih baik orang dalam FAM yang jadi jurulatih dan pemain bola. Tiada sesiapa akan mengkritik mereka kerana mereka yang bermain itu adalah mereka yang menetapkan kuasa. Suruhlah siapa-siapa dalam FAM itu untuk menjadi jurulatih dan jawatankuasanya sebagai pemain bola. Hapuskan segala Liga Malaysia dan biarlah FAM mewakili Harimau Malaya.

Pandangan ini hanya utnuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap ego FAM yang suka mengenakan tindakan walhal isu itu tidaklah sampai pecah amanah ataupun menjatuhkan reputasi FAM. Siapa lagi yang mahu mengur FAM kalau bukan peminat, jurulatih dan pemain. Jika tidak boleh ditegur, bubarkan sahaja Liga Malaysia ini.

2 comments:

Bukan macam tu....dlm organisasi ada saluran dan tatacaranya...bukan main redah teus bercakap dengan media....yang Anuar tu gelojoh sangat kenapanya....atau merasa hebat krn kelantan top la ni..

rmj said...

x yah nk selindung bangkai gajah dgn nyiru....

Bukn sekali dua perkara mcm nie blaku.,

Baru ckp sikit dah kena..

Apa lagi nak bwa ikut saluran tata cara yg penuh najis.,

Porraahhhh.....

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat