Gambar: Duit Zakat Melaka Buat Hotel?


Apakah itu MAIM? MAIM ialah Majlis Agama Islam Melaka yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam. MAIM dikatakan telah menggunakan wang zakat untuk membina hotelnya ti Tanjung Kling seperti gambar di atas. Hotel ini terletak ditepi pantai.

Sekarang pihak MAIM telah mengurangkan sumbangan agihan zakat kepada mereka yang layak daripada RM150 kepada RM80. Adakah ini mencukupi kepada golongan yang layak? Ke mana perginya wang zakat RM13.85 juta? Dua tanak lot milik MAIM telah dijual kepada sebuah syarikat Cina.

Siapakah Melayu bangsat pengkhianat agama? UMNO atau DAP? Siapa merogol kedaulatan agama? UMNO atau DAP? Songlap duit zakat ini kerja siapa, UMNO atau DAP? Jangan salahkan DAP jika UMNO sendiri yang songlap duit zakat.


Tidak malukah pemimpin UMNO dengan meletakkan simbol seperti di atas sebagai pejuang agama dan pada masa yang sama tolak hukum Islam? Bila kes ini berlaku, mereka salahkan PAS tidak perjuang hukum Islam sedangkan yang perintah negara sebuah parti bangsat bernama UMNO. Sepatutnya UMNO yang kena laksanakan hukum hudud kerana kuasa pada mereka



Majlis Agama Islam Melaka telah ditubuhkan pada 28 September 1960. Ia adalah bertujuan menguruskan hal ehwal Agama Islam Negeri Melaka di samping membantu dan menasihati Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong . Penubuhan Majlis Agama Islam Melaka diperkukuhkan berdasarkan enakmen penubuhan iaitu :

Enakmen Pentadbiran Agama Islam ( Negeri Melaka ) 2002 Seksyen 4 ceraian 1. Maka Hendaklah ada satu badan yang dikenali sebagai "Majlis Agama Islam Melaka" untuk membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam perkara-perkara yang berhubung agama Islam.

Agama yang macam mana tu? Boleh pegang-pegang ek? Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka boleh berperangai macam ini? Islam silibus mana yang dianuti mereka? Inikah yang patut dicontohi oleh orang UMNO? Pemimpin Islam contoh?

Comments