Streaming TV [Live]


Tuesday, 10 January 2012

Siri 10: Melaka Panas!! SPR Dalam Dewan Peperiksaan UTEM


Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) masih meneruskan proses pertukaran alamat bagi mahasiswa Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM) bagi kampus Durian Tunggal setelah berakhir pada hujung Disember tahun lalu. Pendaftaran dilakukan memandangkan keputusan kes Anwar Ibrahim semalam.

Dengan pembebasan Anwar Ibrahim, Pilihan Raya Umum ke-13 dijangka dilanjutkan ke satu tarikh lain sama ada bulan Jun atau september bergantung kepada mood rakyat pada masa sekarang. Namun harus diingat bahawa UMNO/BN boleh lakukan pada bila-bila masa pilihan raya.

Pihak SPR dengan kerjasama JPN masih meneruskan pertukaran alamat dan kali ini dari kelas ke kelas. Mereka menjalankan kerja-kerja pertukaran alamat ini di dalam kelas memandangkan pelajar UTeM sekarang sedang menghadapi peperiksaan akhir semester.

Alasan yang dinyatakan adalah supaya pembangkang tidak menang di kawasan yang akan ditukarkan alamat tersebut kerana bimbang orang Cina akan bangkit memegang kawasan tersebut. Ini juga dikaitkan dengan kemungkinan atas kemenangan pembangkang itu Naib Censelor UTeM akan ditukar.

Ada pegawai yang berbohong kepada pelajar yang terlibat dalam proses pertukaran alamat ini. Kini pendaftaran pengundi baru masih berjalan setiap kali selepas selesai paper final exam terutama di dewan besar. 

Ikuti lagi pendedahan dari pihak admin-admin kami dalam membongkar isu pendaftaran pertukaran alamat di Parlimen Bukit Katil

0 comments: