Majukah Melaka? Dari persektif mana Melaka dikatakan maju? Tidak menampakkan langsung Melaka maju terutama bagi orang Melayu di Melaka. Orang Melayu Melaka selalu ditipu oleh pemimpin UMNO/BN yang sekarang ini dikatakan gila kuasa dan sanggup lakukan apa sahaja. Sebenarnya Melaka banyak projek tergendala dan cumanya rakyat sedar atau tidak. Itu yang menjadi persoalannya.
Kepentingan Melayu di Melaka hanyalah ilusi sahaja yang sentiasa menjernihkan keadaan dan pada masa yang sama rakyatnya terus ditipu atas nama pembangunan projek sana-sini. Pernahkah rakyat yang kononya menyokong UMNO/BN melihat segala projek-projek yang dilakukan oleh UMNO/BN? Semestinya tidak. Ini kerana mereka terlalu bergantung kepada media jerabgkung seperti TV dan akhbar yang banyak ilusi dari realiti.
Di kawasan bandar sering kita lihat banyaknya pembangunan di Melaka. Sedarkah rakyat Melaka bahawa segala projek yang dilakukan itu sebenarnya projek "expired date". Golongan-golongan yang tidak celik tentang maklumat projek mesti akan berkata seperti ini "Bagulsah kerajaan Melaka, ada pembangunan dan lebih baik dari Pakatan Rakyat". Tahukah anda itu adalah projek "basi" kerajan tipu rakyat.
Melihat kepada dua contoh sampel kajian projek tamat tempoh. Kerajaan Melaka sebenarnya tidak mempunyai kewangan yang kukuh buat masa ini akibat pembaziran projek monorel fasa 1 yang boleh dikatakan menanggung kerugian yang besar akibat kerosakan yang berpanjangan. Pembaziran seperti itu tidak terhenti di situ malahan Ketua Menteri Melaka yang bijak pandai akan menruskan projek fasa kedua pada masa terdekat.
Rakyat Melaka harus sedar penipuan atas nama pembangunan. Mereka sepatutnya sudah sedar bahawa Melayu juga yang menipu mereka. Jika benar-benar Ketua Menteri Melayu yang kononnya "hidup Melayu" sepatutnya membantu orang Melayu di DUN Asahan yang dikatakan kurang pembangunan di sana. Namun Ketua Menteri tetap tidak dapat memberi jaminan bahawa kawasan kampung Melayu akan dapat membuka mata untuk pembangunan.
Ketua Menteri Melaka selalu membandingkan negeri Kelantan dan Melaka. Beliau mengatakan Melaka lebih maju dari Kelantan dalam pembangunan namun harus diingat minda Melayu Kelantan lagi cerdik dari minda pemimpin Melayu Melaka. Akibat perkembangan minda orang Melayu Kelantan mereka sanggup berhijrah mencari peluang di negeri luar. Namun, rakyat Melaka dimomokkan oleh pemimpin mereka bahawa rakyat Kelantan adalah pengemis yang datang bekerja di negeri Melaka.
Pembangunan Melaka yang 'basi' mencerminkan pemerintahan Melayu bukan menjadi ukuran lagi. Berapa ramaikah peniaga Melayu telah dihalau oleh orang Melayu sendiri atas nama pembangunan yang cuba dilakukan oleh UMNO? Melayu merempat di negeri sendiri. Rakyat Kelantan berhijrah tetapi rakyat Melaka merempat dalam negeri sendiri akibat kebiadaban pemimpin UMNO dan Melayu.
Pesanan kepada Ketua Menteri Melaka, jangan asyik menghina rakyat negeri lain dikala rakyatmu itu banyak yang merempat. Selepas ini rakyat Melaka harus berani buat perubahan sebelum Bumi Melaka hancur digadai oleh pemimpin yang korup di bawah UMNO. Berani buat perubahan. Rakyat Melaka boleh!!
Comments