Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

UMNO Lembu Tunggangan Sharizat

Thursday, 8 December 2011



Angkatan Muda KEADILAN mencabar National Feedlot Corporation mendedahkan gaji bulanan yang dibayar kepada Pengerusi Eksekutif dan pengarah-pengarah syarikatnya.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, rakyat berhak tahu jumlah gaji berkenaan kerana ia menggunakan dana RM250 juta yang diperuntukkan kepada NFC.

“AMK mencabar NFC mendedah jumlah sebenar gaji yang dibayar kepada pengerusi eksekutif dan pengarahnya.

“Rakyat berhak tahu sebab wang yang dibayar untuk mereka itu datangnya dari rakyat selaku pembayar cukai,” katanya.

Cabaran itu dibuat ekoran dakwaan bahawa Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Mohamad Salleh Ismail, yang juga suami Shahrizat memperoleh gaji bulanan sekitar RM100,000 sebulan.

Manakala ketiga tiga anaknya  iaitu Wan Shainur Izmir, 31, (Pengarah Eksekutif)  Wan Shahinur Izran, 27 (Ketua pegawai eksekutif)  dan Wan Izzana Fatimah, 25, (pengarah) memperoleh pendapatan RM35,000 hingga RM45,000 sebulan.

Dakwaan berkenaan disiarkan menerusi satu tulisan di blog Malaysia Today baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Shamsul berkata jika NFC enggan mendedahkannya, ia mengesahkan lagi berlakunya penyelewengan wang rakyat untuk kepentingan peribadi Shahrizat dan keluarganya.

Skandal NFC mula terbongkar selepas didedah Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 awal Oktober lalu.

NFC yang diberi ‘pinjaman mudah’ sebanyak RM250 juta itu dilulus pada 2007 oleh bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain projek yang gagal, NFC turut didedah menyeleweng dana untuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar berharga RM13.8 juta seperti disahkan suami Shahrizat.

Terbaru, wang NFC turut diseleweng untuk membeli kereta Mercedes berharga RM534,622, dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya dan digunakan untuk melancong ke luar negara

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat