Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Panas!! Harga Pembaharuan Lesen Memandu Naik 50%

Tuesday, 20 December 2011

a) Klik imej pembesaran

b) Klik imej pembesaran

Pilihan Raya Umum ke-13 mungkin sudah dekat. Barisan Nasional tengah mengumpul harta untuk bertarung digelanggang yang tidak sama rata. Sedarkah anda pembaharuan lesen memandu anda naik sebanyak 50%? Tidak sedar bukan. Inilah penipuan secara halus yang dikenakan kepada rakyat. Banyak isu yang dilontarkan namumn secara halus isu "cekik darah" sudah kembali.

Baru-baru ini ada seorang rakyat mengadu selepas dia memperbaharui lesen memandunya. Alangkah terkejutnya beliau bahawa telah dikenakan caj bayaran sebanyak RM47 bagi lesen memandu bagi kelas B2 dan D. Sebelum ini caj yang dikenakan sebanyak RM30 sahaja jika diperbaharui di Jabatan Pengangkutan Jalan kecuali di Pejabat Pos akan dikenakan caj sebanyak RM2 menjadikan bayaran lesen memandu di Pejabat Pos adalah RM32.

Jadi, sebelum ini jika di Pejabat Pos adalah RM32 (Pembaharuan - RM30 dan caj pos - RM2). Namun dari manakah datang RM15 menjadikan pembaharuan lesen memandu meningkat kepada RM47. Kenaikan secara mendadak sebanyak 50%. Adakah ini yang dikatakan kerajan prihatin kepada rakyat supaya berbelanja secara hemah dan pada masa yang sama menekan rakyat?

Paling pelik pula bagi gambar (a) di atas adalah tidak masuk akal. Pengadu memperbaharui lesen memandunya pada 29 November 2011 dan tarikh lahirnya adalah 30 Ogos. Setelah diperbaharui lesen memandu itu, tarikh mati lesennya adalah 30 Ogos 2012 mengikut tarikh lahir. Mengapa tarikh mati lesen tidak ikut tarikh pembaharuan iaitu setelah setahun? Sepatutnya lesen beliau mati pada 28 November 2012. 

Jika di kira semula, beliau hanya mempunyai jangka hayat lesen 9 bulan sahaja dan bukannya 12 bulan. Walaupun diperbaharui pada 29 November 2011, lesen yang diperbaharui itu dikira mengikut tarikh lahir beliau. Apakah motif sebenarnya tindakan memanipulasikan pembayaran lesen memandu ini? Apakah caj yang melampau sehingga 50% ini duit bagi kantung Barisan Nasional?

6 comments:

rapidbumi said...

nampak macam 30/08/2013 aje... cuba check balik...

ikah said...

RM47 tu untuk tempoh 2 tahun, saya sendiri dah baharuinya, kira jimatlah.

Betoilah tu dkt dua tahun krg 3 bulan je 2tahun ok lah 47 ringgit, jgn lah dok merepek bro nanti malu je dpt

shimashi said...

buka mata tu luas-luas, tengok tarikh tu betul2 , jangan nak main cakap aje !!!berdosa tau ....

shimashi yang kena buka luas-luas mata dan terlambat baca artikel RALAT.. Artikel RALAT dah keluar 4 hari lepas dan anda memang terlambat dengan isu..

http://kijang59.blogspot.com/2011/12/ralat-admin-kijang59-mohon-maaf.html

Anonymous said...

sebelum kluar kan artikel , siasat dahulu. sebab syaitan gemar untuk membisik agar menyampaikan perkhabaran palsu

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat