Tekanan Terhadap Menteri Lembu Kondo oleh BN


PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya dinasihat supaya memberi penjelasan segera berhubung beberapa isu berkaitan projek Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, penjelasan itu wajar kerana isu terbabit boleh menjejaskan nama baik parti selain menimbulkan rasa tidak gembira di kalangan ahli.

“Saya harap Shahrizat mengeluarkan kenyataan memperbetulkan persepsi yang sekarang ini masih kabur, saya pun tak tahu apa berlaku sebenarnya dan dia perlu buat (penjelasan) segera. “Kalau anda tahu perkara itu anda tak buat, anda boleh pertahankan. Kalau anda buat benda yang disebutkan itu, lebih baik kita mengalah daripada nak menegakkan benang basah,” katanya.

Beliau mengulas mengenai saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta NFC memberi penjelasan berhubung beberapa isu berkaitan projek itu yang menerima kritikan pelbagai pihak terutama pembangkang.

Comments