Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Melayu Kelantan Sokong Hudud, UMNO Tumbang Lagi

Friday, 4 November 2011


KOTA BARU, 4 Nov — Kejayaan atau kegagalan PAS dalam melaksanakan undang-undang hudud, yang sekali lagi menjadi isu kontroversi di Kelantan, akan menjadi indikator bagi sokongan pengundi Melayu menjelang pilihan raya umum ke-13 yang akan dipanggil dalam waktu terdekat, kata ahli-ahli politik tempatan.

Parti Islam itu terus menuding jari ke arah kerajaan pusat atas kegagalan menguatkuasakan undang-undang itu yang digubal pada 1993. Usaha itu terpaksa ditangguhkan ekoran satu surat daripada perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Awal minggu lalu kerajaan negeri mengumumkan penubuhan jawatankuasa teknikal hudud dengan menekankan semula komitmennya mahu melihat ruang pelaksanaan di Kelantan.

“Masa untuk bercakap sudah berakhir. Kini masa untuk bertindak,” kata Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di Lubok Setol dekat Rantau Panjang.

Nik Aziz berkata undang-undang hudud seharusnya boleh mengatasi siri isu yang memberi kesan ke atas Muslim termasuk soal pemurtadan.

Bagaimanapun kepimpinan Umno Kelantan menyerang usaha menggubal undang-undang hudud yang didakwa dibuat dengan tergesa-gesa sambil mendakwa ia strategi mahu mendapatkan sokongan daripada kalangan pengundi Melayu, yang merupakan 95 peratus rakyat Kelantan.

“Mereka sedang meletakkan harapan pada jawatankuasa hudud sebab mereka tahu orang Melayu di Kelantan marah mengenai hudud. PAS mahu melaksanakan hudud sebelum pilihan raya untuk memujuk orang Melayu, untuk menunaikan janji mereka yang dibuat beberapa tahun lalu,” kata Datuk Che Alwi Ahmad (kanan).

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri itu berkata PAS telah memberi gambaran yang salah mengenai undang-undang hudud di kalangan orang bukan Melayu dengan mengatakan mengenai hukuman dan bukannya mengenai keadilan sistem.

“Hudud adalah mengenai keadilan kepada mangsa, ia bukan mengenai hukuman. Ia sudah pun dilaksanakan di Malaysia khususnya sejak beberapa tahun lalu dengan hukuman seperti sebatan dan hukuman mati. Hanya hukuman lebih ekstrem seperti potong organ tidak ada.

“Saya sokong hudud. Umno sokong hudud. Kita gila jika tidak sokong hudud, sebagai seorang Muslim. Ia hanya boleh dilaksanakan apabila setiap orang memahami mengenainya,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui baru-baru ini.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin PAS menolak dakwaan bahawa isu hukum hudud bertujuan mahu mendapatkan sokongan orang Melayu dan menekankan bahawa menjadi ia selalu konsisten dalam usaha mahu melaksanakan undang-undang Islam.

“Perjuangan PAS adalah mahu mengadakan urus tadir menerusi pendekatan islam melaui polisi, undang-undang. Hudud adalah sebahagian daripadanya. Ia bukan helah pilihan raya, itu sebabnya tiada rangka masa.

“Jawatankuasa teknikal dibentuk sebab pakar undang-undang baru-baru ini mendapati kemungkinan bahawa kita boleh membawa undang-undang ini tanpa meminda Perlembagaan,” kata Exco Kerajaan Negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah kepada The Malaysian Insider.

“Sudah tiba masa bagi melaksanakan undang-undang hudud. Jenayah berada di paras yang membimbangkan, banyak masalah dalam masyarakat yang perlu ditangani. Jadi kami percaya bahawa Muslim di Kelantan tiada masalah untuk menyokongnya, ia seruan untuk memperkukuhkan semula kepercayaan,” katanya lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri PAS Abdul Fatah Haron berkata kerajaan negeri telah mengadakan pelbagai program untuk menjana pemahaman mengenai undang-undang Islam.

“Tahun ini kami telah mengadakan Hari Hudud beberapa bulan lalu, kami telah menjemput ahli-ahli panel dan membincangkan isu berkaitan dengan undang-undang (hudud),” katanya.

“Umno mengatakan kami menggunakan yang ini kerana undi sebab mereka tiada apa-apa untuk menyerang kami. Kelantan kemungkinan bukan negeri yang kaya, tetapi (kami negeri) spiritual, kami ada kepercayaan kami,” kata wakil rakyat kerusi Bukit Tunku kepada The Malaysian Insider.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat