Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Anak ADUN BN Serkam Pengedar Dadah

Friday, 11 November 2011


JASIN - Seorang anak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dijatuhi hukuman dengan RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana kesalahan memiliki satu paket dadah, Mac lalu.

Majistret Siti Suriatey Mohamed Yusoff menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Rozameer Anwar Ghazale, 26, selepas tertuduh mengaku bersalah.

Mengikut pertuduhan, ketika pemeriksaan, tertuduh didapati memiliki satu paket mengandungi bahan hablur jenis methamphetamine dengan berat bersih 0.17 gram di Rumah Awam Rim, di sini, pada 18 Mac lalu kira-kira jam 10.30 pagi.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama.

Terdahulu, dalam rayuannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon supaya hukuman ke atasnya diringankan.

Bagaimanapun, Tim­balan Pendakwa Raya, Nurul Badariah Yusof memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman setim­pal.

Siti Suriatey mengarahkan tertuduh didenda RM1,500 dan sekiranya gagal membayarnya, boleh dipenjara empat bulan.

P/s: Ayah ko tu dah la pembela melayu totok.. Ko pulak wat taik.. Mana ko nak letak muka ayah ko tu.. sabar ye YB Ghazale.. anak-anak macam ni la..

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat