Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Perkosa Dalam Kapal Mewah

Thursday, 15 September 2011

DUBAI: Syarikat pelaburan Kingdom Holding yang beribu pejabat di Riyadh dan dimiliki Putera al-Waleed Bin Talal menafikan laporan mengatakan putera itu merogol seorang wanita di Ibiza pada Ogos 2008, sambil mendakwa ia tuduhan yang tidak benar sama sekali.

Penafian itu dibuat selepas akhbar New York Times melaporkan Selasa lalu, hakim di Sepanyol membuka semula kes serangan seksual terhadap al-Waleed yang digugurkan. Putera itu dituduh memperkosa seorang model berusia 20 tahun di atas kapal mewah di perairan Mediterranean pada Ogos 2008. 

Gambar hiasan

Dalam kenyataan media, semalam, jurucakap syarikat itu, Heba Fatani berkata: “Tuduhan yang dikenakan itu tidak pernah berlaku...Bukan saja al-Waleed tidak berada di Ibiza pada 2008, malah tidak pernah ke Ibiza sejak sedekad lalu. Tambahan pula, kapal dimiliki al-Waleed, Kingdom 5KR tiada di Ibiza pada 2008 dan beliau tidak pernah menyewa kapal di Ibiza.” 

Menurut laporan New York Times, dakwaan itu tidak dihebahkan kepada umum dan laporan asal mengenainya tidak diketahui. Kes itu ditutup Julai tahun lalu kerana hakim di Ibiza mendakwa ia kekurangan bukti.

Namun, mahkamah daerah di Sepanyol di Pulau Balearic mengarahkan hakim melakukan siasatan dan meminta putera itu supaya tampil. Hakim, Carmen Martin Montero, tidak dapat dihubungi untuk ulasan lanjut. Menurut laporan akhbar itu lagi, model yang hanya dikenal pasti sebagai Soraya membuat laporan polis pada Ogos 2008 mengatakan putera berkenaan memperkosanya di atas kapal mewah selepas dia khayal akibat dadah. Dia berkata, dia diundang menaiki kapal mewah itu di sebuah kelab malam di Ibiza.

Mahkamah mengarahkan kes itu dibuka semula selepas ujian perubatan yang dilakukan jabatan di Institut Forensik dan Toksikologi Kebangsaan Sepanyol mendapati ada kesan air mani dan ubat tidur, nordazepam dalam air kencing model terbabit. - AN

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat