Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Jangan Fikir Selamat, Dalam PLKN Boleh Ada Rogol

Tuesday, 23 August 2011


Bekas jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Koperal Zuki Mohd diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara 12 tahun dan tiga sebatan kerana kesalahan merogol seorang pelatih PLKN tujuh tahun lepas.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Ramly Ali, Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dan Datuk Azahar Mohamed mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Terengganu pada 19 Disember, 2005 yang mensabitkan dan memenjarakan Zuki bagi kesalahan itu.

Pihak pendakwaan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Terengganu yang membenarkan rayuan Zuki bagi dibebaskan daripada pertuduhan itu.

Zuki, 36, telah menjalani hukuman penjara selama tiga tahun dan 10 bulan sebelum pembebasannya, apabila Mahkamah Sesyen menolak permohonannya bagi penangguhan pelaksanaan hukuman dan sabitannya sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Dia telah dibebaskan pada 27 Oktober, 2009 apabila Mahkamah Tinggi membebaskannya daripada pertuduhan merogol pelatih berumur 17 itu dalam kereta Perodua Kancil antara 7.28 malam dan 9.10 malam pada 28 Februari,2004 di sebuah kawasan pertanian di Rhu Tapai, Setiu, Terengganu.

Hakim Ramly memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi tidak sepatutnya mengangggu keputusan Mahkamah Sesyen yang mendengar dan menerima keterangan mangsa sebagai betul.

Beliau berkata, Mahkamah Sesyen juga menerima penjelasan mangsa mengenai kenapa terdapat kelewatan dalam membuat laporan polis.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T.Singham membebaskan Zuki atas alasan tiada penjelasan munasabah diberikan kenapa gadis itu membuat laporan polis 44 hari selepas kejadian rogol itu didakwa berlaku.

Terdahulu, mahkamah mendengar hujahan daripada Timbalan Pendakwa Raya Tetralina Ahmad Fauzi yang menggesa mahkamah mengekalkan sabitan terhadap Zuki, menyatakan mangsa yang sedang menjalani latihan khidmat negara di kem PLKN di Setiu, berada di bawah jagaannya tetapi dia mengkhianati kepercayaan itu.

Katanya tidak mungkin mangsa mereka-reka dakwaan kejadian rogol itu kerana gadis itu telah menceritakan kejadian itu kepada rakannya pada keesokkannya selepas dia dirogol.

Tetralina berkata, komander kem tahu mengenai perkara itu tetapi tidak membuat laporan polis dan menurutnya mangsa tidak patut dipersalahkan atas kelewatan membuat laporan polis.

Zuki diwakili peguam Datuk Shukri Mohamed.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat