Ibu Tunggal Bukan Tunggul

Gambar hiasan

Melihat perkembangan sekarang, tiada pembelaan yang sewajarnya kepada ibu tunggal. Ke manakah mengalirkan wang zakat untuk diagihakan kepada mereka yang layak? Untuk apa duit zakat dikumpul dan dibiarkan berbukit jika tidak diagih kepada asnaf yang memerlukan?

Duit zakat yang dipungut bukan untuk dikumpul sebaliknya perlu dihabiskan dan tidak meninggalkan sisa baki. Ia wajib diagihkan kepada mereka yang layak dan bukannya dikira keuntungan serta diagih kepada mereka yang tidak bertanggungjawab. Apa fungsi lembaga zakat mengisytihar keuntung tetapi tidak diagih?

Ramai ibu tunggal disishkan seperti tunggul kayu yang tidak berguna. Apakah dosa ibu tunggal sehinggakan mereka dipinggirkan sebegitu rupa? Adakah tunggu musim pilihanraya baru sibuk untuk mendekati mereka sebagai gula-gula pilihanraya? Mana tanggungjawab mereka yang berwajib?

Semakin banyak dipungut zakat semakin ramai yang menagih simpati untuk menerima zakat. Mereka yang sepatutnya menerima zakat telah dinafikan hak sedangkan mereka ini sepatutnya diutamakan. Boleh dikatakan yang memunggut zakat mengabaikan ibu tunggal terkapai-kapai mencari sumber pendapatan.

Apa guna wujudkan rumah untuk ibu tunggal sekiranya tanggungjawab mengurus seperti lepas batuk ditangga? Dalam perkiraan, bulan Ramadhan ini paling banyak dipungut zakat termasuk zakat fitrah, harta dan zakat-zakat berkaitan tetapi mana agihannya kepada penerima?

Adakah duit zakat tidak mencukupi gara-gara banyak syarikat besar tidak menjelaskan zakat dan Petronas juga tidak terlepas dari membayar zakat. Adakah zakat dibayar kepada orang atasan untuk membeli cincin berharga RM24juta? Adakah pembelian cicncin itu dikatakan sebagai zakat?

Alangkah sejuknya jika harga nilai cincin tersebut diberikan kepada ibu tunggal yang memerluka bantuan kewangan daripada membazir membeli cincin yang tidak memberi faedah kepada rakyat. Jangan kerana ibu tunggal disisih dengan alasan yang tidak masuk akal.

Comments