Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Polis Kena Tutup Video Ganas Bukan Siar Video Tidak Ganas

Friday, 22 July 2011


Polis telah siar video yang menunjukkan polis tidak ganas tetapi mengapa polis tidak nafikan video yang ganas sehinggakan ada yang tercedera. Video keganasan polis telah tersiar di internet ketika hari kejadian namun polis mengambil masa hampir 14 hari untuk menafikan keganasan mereka.

Bila berlaku kematian, tiba-tiba keluar istilah "key maker" dan bermacam-macam lagi bagi melindungi dan menutup keganasan polis. Mengapa polis cuba menipu rakyat. Bukan sekeping atau dua keping gambar keganasan polis tetapi beribu keping telah disiarkan dalam internet.

Adakah polis masih mengatakan gambar keganasan itu telah diedit oleh ppihak yang tidak bertanggungjawab? Semalam juga demonstrasi olok-olok yang dilakonkan semula bagi mengkaji kesan gas pemedih mata dan meriam air yang memberi kesan kepada pendemostran.

Seramai 200 orang polis dan FRU telah terlibat dalam demonstrasi olok-olok itu. Menjadi persoalan sekarang ialah mengapa hari ini baru hendak dibuat kajian terhadap gas pemedih mata dan meriam air sedangkan sebelum ini telah banyak demonstrasi diadakan?

Sepatutnya kajian ini dilakukan lebih lama atau sebelum demostran dan bukannya bila isu ini hangat, baru kelam kabu mencari lubang untuk menutup kebocoran yang telah dicipta. Rakyat bukannya seperti katak dalam botol dan tidak tahu perkembangan terkini. Semua ini boleh dipetik hanya dengan hujung jarimaka keluarlah segala-galanya.

Sudah tiba masanya untuk pihak keselamatan jadi badan bebas dan tidak dikawal oleh Barisan Nasional. Jika masih terikat, maka kepercayaan rakyat kepada pihak keselamatan semakin pudar. Berubahlah sebelum terlambat. 

1 comments:

misnona said...

bukan untuk berubah je, mereka perlu bertaubat daripada melakukan keganasan kepada rakyat. semuanya akan dituntut. beribu-ribu rakyat tidak akan maafkan. di akhirat nanti kambing yang bertanduk pun ada penghakimannya, bukan kehakiman cara umno yang meragukan, mencipta kes untuk memalukan orang. ini kerja jahat. islam menentang penipuan. bila nak sedar?

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat