Hishamuddin memberi amaran kepada media supaya jangan memaparkan visual polis ganas. Beliau menafikan polis telah bertindak ganas kepada pendemostran BERSIH. Sesiapa yang memberi maklumat tidak berasas akan didakwa terutama media yang membuat liputan.
Nampaknya Hishamuddin semakin tercekik dengan pelbagai ugutan demi ugutan dan kali ini kepada pihak media pula. Kenapa melenting kalau pihak polis tidak ganas dan mengapa pula ada video yang memaparkan polis bertindak ganas? Adakah video polis menerajang pendemostran itu adalah terlalu lembut dan tidak ganas?
Kami mempunyai rakaman visual di dalam bilik operasi kami. Apa sahaja yang telah didakwa akan disiasat dengan bukti kukuh, dan tindakan akan diambil terhadap mereka di Internet dan media asing yang telah membuat dakwaan tidak berasas.
Polis akan bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menyiasat dakwaan yang tidak benar terhadap polis, dan mengambil tindakan sewajarnya. Kami mempunyai rakaman tertentu. Jika apa yang didakwa tidak mempunyai bukti, mereka yang melaporkannya ia akan dibawa ke muka pengadilan - Hishamuddin.
Tetapi video di bawah ini menunjukkan kebodohan seorang perdana menteri ketika bercakap di depan media. Cara Najib bercakap seolah-olah dalam keadaan takut dengan kehadiran begitu ramai pendemostran walhal sekatan jalan raya yang menggila telah diadakan seminggu lebih awal.
Comments