Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Gambar Ini Ke Yang Dirakam PDRM?

Tuesday, 12 July 2011


Adakah gambar seperti di atas yang dirakam oleh PDRM? Menteri Halal Haram Bersih kata mereka ada ramai jurgambar yang mengambil gambar ketika kejadian BERSIH tempoh hari. Kalau ini gambar yang dikatakan oleh beliau, seakan-akan memasang perangkap untuk menjerat anggota PDRM.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai bukti serta fakta bagi menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan polis bertindak ganas ketika menangani perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih)2.0 Sabtu lalu. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tohmahan yang dilemparkan pihak tertentu melalui pelbagai saluran, termasuk media asing dan tempatan akan disiasat melalui rakaman yang diambil PDRM sepanjang perhimpunan itu berlangsung. 

Bilik operasi kita (PDRM) ada rakaman semua yang berlaku dari mula perhimpunan itu sehingga tamat dan kita akan siasat semua tuduhan yang didakwa pihak-pihak tertentu berdasarkan bukti kukuh malah kita tidak menyembunyikan apa-apa. 
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan CyberSecurity Malaysia turut membantu meneliti rakaman serta bukti tersebut untuk tindakan selanjutnya. - Hishammuddin Tun Hussein


Bukan itu sahaja, rakaman juga menunjukkan anggota keselamatan tiada nombor dan nama pada pakaian seragam mereka. adakah yang tiada nombor itu kadet polis yang dikerah dari sekolah-sekolah? Itu juga bukti rakaman kata Hishamuddin. 


Hishamuddin bercakap seolah-olah polis sahaja yang mempunyai rakaman. Sedangkan rakaman hari kejadian turut dirakam oleh media asing yang membuktikan segala-galanya keganasan yang cuba dilakukan oleh pihak berkuasa sehinggakan ada yang tercedera.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat