Janganlah berfikiran sempit dengan momokan Berita Harian, Utusan dan sebagainya bahawa peniaga rugi besar. Tidak masuk akal peniaga boleh rugi pada hari paling ramai manusia masuk ke pusat bandar. Hanya menteri yang pendek akal tunggu untuk disingkirkan akan berkata demikian. Nanti Ban Jir tunjukkan gambar orang berniaga dapat untung besar ketika perhimpunan BERSIH.
Perhimpunan haram di beberapa kawasan di pusat bandar raya kelmarin menyebabkan kehilangan pendapatan dan kerugian lebih RM100 juta kepada ratusan peniaga dan usahawan sektor perniagaan dan perkhidmatan.
Mereka termasuk peniaga perindustrian kecil sederhana (PKS), hotel, pasar raya, pengusaha restoran, pengusaha teksi dan peniaga kecil yang kehilangan sumber pendapatan RM1,000 hingga RM5,000.
Sebanyak 5,000 peniaga yang bernaung di bawah Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) mencatatkan kehilangan pendapatan hampir RM100 juta, industri hotel (RM6 juta),pengusaha dan pemandu teksi (RM3.1 juta), penjaja dan peniaga kecil (RM2 juta), Mydin Whole Sale Emporium (RM1.1 juta) melalui empat cawangan di Masjid India, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Chow Kit; pengusaha restoran Muslim RM320,000), UO Superstore Sdn Bhd (RM400,000) dan peniaga kecil di Kompleks Pertama (RM150,000). - Berita Harian
Kenapa kedai serbaneka di atas untung besar pada hari tersebut sebaliknya yang lain rugi? Ban Jir nak bagi tau kepada pembaca, kerugian kedai yang disenaraikan oleh Berita Harian di atas disebabkan sikap pihak polis yang memaksa peniaga menutup kedai. Itulah punca utama jika rugi sekalipun.
Ban Jir juga berada ditempat kejadian. Pihak polis menjerit suruh tutup kedai dan bukannya peniaga yang mahu tutup kedai. Tapi yang peliknya kedai serbaneka yang paling banyak dapat untung. Inilah sikap orang yang suka mencari kesalahan orang lain tetapi mereka sendiri yang ciptakannya.
Peniaga di atas berasa seronok kerana jualan mereka laris. Kenapa akhbar pro-UMNO tidak menemuramah kedai serbaneka yang mendapat keuntungan? Sedangkan kedai tersebut adalah sebuah kedai yang di bawa masuk dari luar Malaysia dan boleh hidup untuk berniaga sebaliknya kedai-kedai tempatan rugi. Pelik sekali.
Pandangan Ban Jir sebab rugi kemungkinan kedai tersebut menyediakan juadah makanan yang kurang sedap. Stok barangan tidak ada dalam kedai menyebabkan kerugian yang besar. Pusingan modal mereka tidak betul pada 9 Julai. Mungkin dapat duit upahan dari UMNO. Banjir tidak percaya. Semua karut.
Lagi satu pasal hotel, apa kejadahnya polis pergi geledah hotel-hotel jika hotel yang di pusat bandar itu mengalami kerugian? Sedangkan tempahan hotel di pusat bandar itu sudah penuh ditempah kecuali di masjid-masjid yang turut dihalau oleh pihak polis. Hotel rugi sebab ramai yang menginap? Ini kenyataan gila seorang menteri.
Peniaga hotel merasai keuntungan yang besar kerana semua bilik telah ditempah seminggu awal. Mungkin kerugian yang dimaksudkan itu adalah bilik rumah urut bagi pemimpin BN. Kalau rugi, itu bukan masalah rakyat kerana rakyat mahu menginap dan bukannya mahu layan di bilik rumah urut.
Teruskan menipu bagi menteri. Lagi kuat menipu, lagi ramai yang akan buat Najib tumbang dan UMNO/BN. Jika Najib kata "silent majority" telah bangkit, maka terbukti bangkit menentang Najib pada sabtu lepas. Renungkanlah sebelum UMNO/BN melabuhkan tirai politik Malaysia.
Comments