T-shirt BERSIH 2.0 Haram, Yang Mengharamkan Haramjadah


Fatwa baru Mufti Kementerian Dalam Negeri berkaitan BERSIH adalah Kemeja-T itu ada hubung kait dengan satu perhimpunan haram jadi apa jua yang mereka pakai adalah haram. 

Tindakan dilakukan polis itu adalah betul, menahan mereka yang memakai baju berkenaan, perbuatan mereka itu salah dari segi undang-undang kerana terbabit dengan aktiviti haram. - Hishammuddin Tun Hussein 


Pakai baju kuning haram tetapi orang minum arak itu halal. Mana yang lebih haram dari halal? Selepas ini tukar semua jersi bola skuad kebangsaan kepada warna merah jambu. Tukar semua baju yang bekerja di pusat penapisan petronas kepada warna merah.



Harap kerajaan tukar lampu isyarat kuning kepada warna biru yang ada logo BN. Senang sikit supaya pengguna jalan raya boleh maki hamun dengan BN. Kalau isu baju ini mahu dijadikan bahan lawak, baik masuk pertandingan sarkas.


Kuning oh kuning engkau telah diharamkan di Malaysia. Perkataan BERSIH salah disisi undang-undang. Sahlah Malaysia sebuah negara KOTOR yang ditadbir oleh UMNO/BN. Semalam ada yang pakai baju telah diminta menanggalkannnya kerana baju itu BERSIH. Hanya syaitan sukakan kekotoran.


Comments